USA jobs

Yamaha YZF-R15 V4 (2023) dengan tema ‘Batman’ tiba di India, harga RM 10.1k!

Yamaha Motor India terus menyegarkan penawaran ‘Sportbike’ aras mulanya, Yamaha YZF-R15 V4 (2023) dan terbaharu, seperti menggunakan tema hero terkemuka yang terkenal dengan julukan ‘Dark Knight‘, Batman.

Tampil dengan skema warna yang memang dipanggil ‘Dark Knight’, tetapi sebagai makluman tiada sebarang kolaborasi rasmi dilakukan oleh Yamaha dengan syarikat francais adiwira terkenal itu.

Dan harga jualan yang diumumkan untuk Yamaha YZF-R15 V4 (2023) Dark Knight adalah Rs 182,000 (RM 10,159).

Tiada sebarang perubahan dari sudut rekaan dibuat tetapi penggunaan skema warna hitam yang digandingkan dengan logo berwarna emas berkenaan sememangnya meningkatkan tarikan. Selain itu, bahagian rim turut menggunakan warna emas.

Mengulas spesifikasi trenkuasa, Yamaha YZF-R15 V4 (2023) kekal dengan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan teknologi VVA dan digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Other Post You May Be Interested In

Kuasa yang dihamburkan adalah 18 Hp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 14.2 Nm pada 7,500 rpm.

Seperti Yamaha YZF-R15M yang dijual di Malaysia, antara ciri menarik yang dipadankan kepada motosikal ini adalah seperti penggunaan fork jenis terbalik (USD), klac Assist & Slipper serta sambungan ke telefon bimbit menerusi Y-Connect.

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, sistem Kawalan Traksi, Quick Shifter (Up Shift) dan memiliki dua mod tunggangan iaitu Street dan Track.

Kepada yang tidak menggemari ‘Batman’, pilihan warna lain juga tersedia iaitu Metallic Red, Racing Blue dan Intensity White bersama harga yang sedikit berbeza.

Juga baca: Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k!

Source: Yamaha YZF-R15 V4 (2023) dengan tema ‘Batman’ tiba di India, harga RM 10.1k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *