Yamaha XMax 250 ‘Gen’ baharu diintip lagi jalani ujian, penantian dah tak lama?

Sekalipun Yamaha XMax 250 layak dilabel sebagai skuter maxi yang ‘maha’ popular di pasaran tempatan, kehadiran generasi terbaharu model berkenaan masih lagi dianggap bagaikan ‘teka-teki’ yang tiada berpenghujung di Malaysia.

Membuat debut global di pasaran Indonesia penghujung tahun lalu, skuter berkenaan pantas membuat kemunculan di beberapa negara lain di rantau ini antaranya Singapura dan Filipina.

Sekalipun mendapat soalan bertalu-talu daripada peminat tempatan, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bila skuter itu bakal dilancarkan.

Pernah diintip sedang menjalani ujian beberapa kali sebelum ini, skuter berkenaan sekali lagi dilihat menjalani ujian jalan raya, baru-baru ini.

Sumber imej: FB

Seperti biasa, imej ujian berkenaan, yang memang nampak seperti Yamaha XMax 250 ‘Gen’ baharu tular di media sosial dan mencetus banyak persoalan.

Sumber imej: FB

Dan lebih menarik, model yang diuji kali ini tidak lagi menggunakan pelekat penyamaran dan tampil dengan dua skema warna berbeza. Salah satunya turut menggunakan rim berwarna biru yang menarik.

Sumber imej: FB

Berbalik kepada Yamaha XMax 250 ‘Gen’ baharu, selain pembaharuan besar-besaran dari sudut rekaan yang kini lebih bercirikan ‘X’, perubahan lain yang paling dinantikan termasuklah di bahagian teknologi.

Sumber imej: FB

Tiada lagi panel meter gabungan analog dan digital LCD, Yamaha XMax 250 gen baharu menggunakan panel meter digital penuh.

Tidak lagi menggunakan panel meter gabungan analog, model terbaharu ini menggunakan panel meter digital penuh TFT berwarna yang lengkap dengan ciri sambungan ke telefon bimbit, navigasi.

Tetapi, tiada perubahan ketara dari sudut trenkuasa dengan skuter berkenaan kekal dengan enjin bersesaran 249.8 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, yang digandingkan dengan transmisi automatik V-Belt.

Berdasarkan Yamaha XMax 250 di Indonesia, kuasa yang dihasilkan adalah 25 Hp pada 5,500 rpm dan tork 24 Nm pada 6,500 rpm.

Menurut sumber yang kami peroleh, pihak HLYM akan melancarkan skuter ini pada suku ketiga 2023 dan lebih tepat pada bulan Ogos dan berkemungkinan besar bersempena majlis besar-besaran tahunan HLYM. Jadi, teruskan bersabar dan menabung.


 

Source: Yamaha XMax 250 ‘Gen’ baharu diintip lagi jalani ujian, penantian dah tak lama?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *