Yamaha XMax 250 (2023) serba baharu dah mendarat di Singapura, harga diiklan RM 72.8k!

Selepas Yamaha XMax 250 (2023) serba baharu membuat debutnya di Indonesia, hujung tahun lalu, ramai yang ternanti-nanti bila skuter maxi popular itu menerjah pasaran tempatan dan perkembangan terbaharu, model berkenaan nampaknya sudah pun ‘mendarat’ di Singapura.

Tidak diumumkan oleh pengedar rasminya di negara Seberang Tambak itu, Hong Leong Corporation, perkembangan itu begitupun dikongsikan oleh beberapa syarikat pengedar motosikal negara itu menerusi laman sosial masing-masing.

Juga baca: Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k!

Setakat ini, Yamaha XMax 250 (2023) hanya dipasarkan secara rasmi di Indonesia. Justeru, model di Singapura berkemungkinan adalah unit import terus dari negara berkenaan.

Menerusi laman sosial Yew Heng Motorsports, skuter itu diiklankan pada harga cukup ‘menarik’ $ 21,988 (RM 72,876) sebelum insuran.

Turut berkongsikan perkara sama adalah pengedar i-Motoring Singapore yang turut memperlihatkan skuter berkenaan sudah pun berada di negara itu.

Other Post You May Be Interested In

@kennyong86

 

♬ Stereo Love – Cour & New Beat Order & Veronica Bravo & Taylor Mosley

Mengulas pembaharuan Yamaha XMax 250 (2023), paling ketara pastinya dari sudut rekaan yang dilihat lebih ‘tajam’ dan agresif selain penggunaan panel meter baharu TFT berwarna 4.2 inci.

Menerusi penggunaan panel meter baharu itu, ia kini mempunyai ciri sambungan ke telefon pintar malah turut mempunyai ciri navigasi Garmin.

Seperti versi terdahulu, ciri-ciri menarik lain adalah seperti penggunaan sistem lampu LED penuh, Sistem Kunci Pintar, Soket Pengecas, bar hendal boleh dan visor angin boleh laras, Lampu Kecemasan dan Kawalan Traksi.

Juga baca: Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan ‘disegarkan’, guna panel meter TFT ada Garmin!

Turut tidak berubah adalah di bahagian trenkuasa dengan skuter ini masih menggunakan enjin bersesaran 249.8 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, yang digandingkan dengan transmisi automatik V-Belt.

Kuasa yang dihasilkan adalah 22.5 Hp pada 7,000 rpm dengan tork 24.3 Nm pada 5,500 rpm.

Tak diketahui bila Yamaha XMax 250 serba baharu ini akan tiba ke pasaran tempatan tetapi menurut sumber, ia berkemungkinan besar pada suku ketiga tahun ini. Jadi sehingga itu, mohon bersabar.

Sumber imej: FB Yew Heng Motorsports

Source: Yamaha XMax 250 (2023) serba baharu dah mendarat di Singapura, harga diiklan RM 72.8k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *