Yamaha mungkin ‘hidupkan’ semula RZ250, RZ350? Daftar paten dibuat di Jepun!

Yamaha, baru-baru ini sekali lagi ‘menjentik’ hati peminatnya, terutama ‘otai’ di era 1980-an apabila mendaftarkan tanda dagang antara model yang dilabel ikonik jenama itu, RZ250 dan RZ350 di Jepun.

Ketika diperkenalkan, Yamaha RZ250 dan RZ350 berjaya meraih populariti dan dianggap antara model dua lejang (2 Stroke) terbaik jenama itu. Dan popularitinya tetap utuh sehingga kini, termasuk di Malaysia.

Sumber imej: rd350lc.net

Justeru, tak menghairankan mengapa harga unit terpakai model berkenaan dijual pada harga tidak masuk akal ketika itu yang bukan saja mencecah puluhan ribu ringgit, malah ratusan ribu ringgit.

Selain memiliki bunyi yang mengasyikkan (buat peminat tegar 2 Stroke), Yamaha RZ350 juga dianggap sebagai senjata di atas jalan raya dengan kemampuannya menghasilkan kuasa setinggi 52 Hp pada 8,750 rpm ketika itu.

Berbalik kepada pendaftaran tanda datang yang dibuat oleh Yamaha Motor Corporation pada pertengahan April lalu, memetik laporan media antaranya, perkembangan itu memang mengujakan tetapi adakah benar Yamaha akan ‘menghidupkan’ semula model berkenaan?

Seperti satu lagi model yang popular di pasaran tempatan iaitu Yamaha RX-Z, yang dipacu enjin dua lejang, ia berkemungkinan besar tidak akan menjadi kenyataan.

Ini kerana untuk menghasilkan semula jentera dua lejang yang ‘sah’ ditunggang di jalan dan memenuhi piawaian emisi terkini sememangnya memakan kos yang amat tinggi. 

Sumber imej: rd350lc.net

Dan jika dihasilkan semua, ia mungkin akan menggunakan enjin empat lejang, sesuatu yang dilakukan Yamaha terhadap model XSR. Dan tindakan itu memang mendatangkan hasil sekalipun model dalam siri berkenaan tak tiba di Malaysia.

Selain itu, ada beberapa lagi kemungkinan mengapa Yamaha mendaftarkan tanda dagang berkenaan dan antara yang tak popular adalah Yamaha tidak mahu tanda datang kedua-dua model ikonik itu terlepas dan digunakan syarikat lain.

Sumber imej: rd350lc.net

Seperti biasa, Yamaha Motor Corporation tidak akan ‘membuka mulut’ untuk mengulas perkembangan itu tetapi sebagai peminat, ia sesuatu yang mengujakan.

Source: Yamaha mungkin ‘hidupkan’ semula RZ250, RZ350? Daftar paten dibuat di Jepun!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *