Yamaha Gear 125 (2023) dikemaskini di seberang, dapat warna baharu, harga mula RM 5.7k!

Persaingan membabitkan skuter aras mula di pasaran Indonesia memang sengit dan tidak mahu menunggu lama, Yamaha Motor Indonesia, baru-baru ini tampil mengemaskini salah satu penawaran hangatnya, Yamaha Gear 125 (2023).

Turut dijual di Malaysia dengan nama sedikit berbeza iaitu Yamaha Ego Gear, kemas kini yang dilakukan terhadap skuter cilik itu begitupun hanya membabitkan ‘kosmetik’ iaitu penawaran skema warna baharu.

Sebagai permulaan dan tidak seperti di Malaysia, Yamaha Gear 125 (2023) dijual dalam dua varian iaitu versi Standard dan versi S.

Turut pilihan warna ditawarkan dengan perincian termasuk mengenai harga adalah seperti berikut: 

Yamaha Gear 125 (2023) S
Pilihan warna: Matte Blue, Matte Red
Harga: Rp 18.920 juta (RM 5,708)

Yamaha Gear 125 (2023) S (Matte Red)

Yamaha Gear 125 (2023) Standard
Pilihan warna: Dull Blue, Orange Green, Cyan Yellow, Black Navy, Red Grey
Harga: Rp 18.205 juta (RM 5,493)

Yamaha Gear 125 (2023) S (Matte Blue)

Sebagai versi lebih unggul, versi S memperoleh ciri tambahan seperti sistem penggera dan sistem SSS (Stop Start System). Seperti biasa, harga yang dipaparkan adalah berstatus atas jalan Jakarta.

Other Post You May Be Interested In

Ciri-ciri menarik yang datang secara standard pula adalah seperti ‘Brake Lock’, ‘Side Stand Switch’ dan lampu kecemasan.

Yamaha Gear 125 (2023) Standard (Red Grey)

Selain pilihan warna, tiada perubahan lain dilakukan oleh Yamaha Motor Indonesia terhadap skuter ini termasuk dari sudut rekaannya yang kekal sporty dan spesifikasi trenkuasa.

Yamaha Gear 125 (2023) Standard (Dull Blue)

Justeru, ia kekal dengan padanan enjin bersesaran 125 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 2 Injap, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi Automatik CVT.

Kuasa yang dihasilkan adalah 9.5 PS pada 8,000 rpm dan tork 9.5 Nm pada 5,500 rpm. 

Yamaha Gear 125 (2023) Standard (Orange Green)

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan cakera (depan) dan dram di bahagian belakang.

Yamaha Gear 125 (2023) Standard (Black Navy)

Informasi lain adalah seperti ketinggian pelana 750 mm, berat 95-96 kg, kapasiti tangki bahan api 4.2 liter dan set roda 80/80-14 (depan) dan 100/70-14 (belakang).

Yamaha Gear 125 (2023) Standard (Cyan Yellow)

Di pasaran Malaysia, pihak Hong Leong Yamaha Motor masih belum memperkenalkan versi kemas kini untuk model yang dilancarkan pada tahun 2021 itu setakat ini dengan harga jualan adalah RM 5,998 (asas) setakat tahun 2022.

Juga baca: Tunggang uji: Praktikal, sedap mata memandang, inilah Yamaha Ego Gear!

Source: Yamaha Gear 125 (2023) dikemaskini di seberang, dapat warna baharu, harga mula RM 5.7k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *