Yadea Indomobil lancar 3 skuter, 4 basikal elektrik di IIMS 2023, harga mula RM 2k!

Syarikat pengeluar motosikal/skuter dan basikal elektrik terkemuka China, Yadea melancarkan 3 model skuter elektrik sempena Indonesia International Motor Show (IIMS) 2023 yang sedang berlangsung di Jakarta, ketika ini.

Selain 3 model skuter elektrik, turut dilancarkan adalah 4 model basikal elektrik jenama itu. Sebagai info, Yadea memasuki pasaran Indonesia menerusi kerjasama dengan syarikat automotif tempatan, Indomobil Group.

Tiga model skuter elektrik yang diperkenalkan adalah Yadea G6, Yadea E8s Pro dan Yadea T9.

Perincian ringkas mengenai ketiga-tiga model yang tampil dengan rekaan moden dan terkini adalah seperti berikut:

Yadea G6

  • Dikuasakan motor elektrik 2000W dengan bateri Graphene 72V 38Ah
  • Jarak 100 km untuk pengecasan penuh
  • Kelajuan maksimum 70 km/j
  • Harga: Rp 29.3 juta (RM 8,558)

Yadea E8s Pro

  • Dikuasakan motor elektrik 2000W dengan bateri Graphene 72V 38Ah
  • Jarak 150 km untuk pengecasan penuh
  • Kelajuan maksimum 60 km/j
  • Harga: Rp 23.9 juta (RM 6,980)

Yadea T9

Other Post You May Be Interested In

  • Dikuasakan motor elektrik 2000W dengan bateri Graphene 72V 38Ah
  • Jarak 100 km untuk pengecasan penuh
  • Kelajuan maksimum 60 km/j
  • Harga: Rp 21 juta (RM 6,133)

Selain skuter elektrik, turut dibawa masuk ke pasaran Indonesia adalah 4 model basikal elektrik iaitu Sparta, Dingding, Minio dan X-Bull.

Perincian ringkas mengenai keempat-empat model itu adalah seperti berikut:

Yadea Sparta 

  • Dikuasakan motor elektrik 500W dengan bateri Graphene 48V 23Ah
  • Jarak 80 km untuk pengecasan penuh
  • Kelajuan maksimum 25 km/j
  • Harga: Rp 9.8 juta (RM 2,862)

Yadea Dingding

  • Dikuasakan motor elektrik 350W dengan bateri Graphene 48V 12Ah
  • Jarak 55 km untuk pengecasan penuh
  • Kelajuan maksimum 25 km/j
  • Harga: Rp 6.89 juta (RM 2,013)

Yadea Minio

  • Dikuasakan motor elektrik 500W dengan bateri Graphene 48V 12Ah
  • Jarak 90 km untuk pengecasan penuh
  • Kelajuan maksimum 25 km/j
  • Harga: Rp 10.5 juta (RM 3,067)

Yadea X-Bull

  • Dikuasakan motor elektrik 500W dengan bateri Graphene 48W 23Ah
  • Jarak 90 km untuk pengecasan penuh
  • Kelajuan maksimum 25 km/j
  • Harga: Rp 10.5 juta (RM 3,067)

Menurut Pengarah PT Indomobil Emotor Internasional, Gerry Kertowidjojo, pihaknya optimis dengan produk Yadea yang dibawa masuk ke pasaran Indonesia yang disifatkan sebagai sesuai dengan keperluan, seleras dan karakter pengguna di negara itu.

Menerusi kerjasama dengan Indomobil Group, Gerry berkata pengguna tidak perlu bimbang dengan situasi membabitkan ketersediaan alat ganti dan sebagainya termasuk di luar kepulauan Jawa.

Di pasaran Malaysia, menurut sumber Wapcar, Yadea dijadual menerjah pasaran tempatan pada tahun ini dan akan bekerjasama dengan syarikat pengedar dan pengeluar motosikal terkemuka tempatan, MForce Bike Holdings. Sama-sama kita nantikan.
 

Source: Yadea Indomobil lancar 3 skuter, 4 basikal elektrik di IIMS 2023, harga mula RM 2k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *