VPCM & MHV Autohaus lancar Das WeltAuto Gombak, pengedar individu kereta pra-milik VW pertama di Malaysia!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan rakan pengedarnya, MHV Autohaus sebentar tadi baru sahaja melancarkan pengedar individu Das WeltAuto (DWA) pertama di Malaysia iaitu di Gombak. Edaran ini diuruskan oleh pengedar Volkswagen No.1 di Malaysia, MHV Autohaus.

Bagi anda yang belum tahu, MHV Autohaus diberi anugerah Best Volkswagen Dealer of the Year bagi tahun 2017 sehingga 2020, 4 tahun berturut-turut.

Mengenai Das WeltAuto, ia merupakan program kereta terpakai Volkswagen yang menawarkan pembelian yang boleh dipercayai melalui proses yang telus dan berkualiti. DWA mempunyai pelbagai pilihan kereta pra-milik dan setiap pembelian Volkswagen dari DWA lengkap dengan waranti lanjutan 1 tahun dan bantuan kerosakan tepi jalan 1 tahun.

Secara amnya, semua kereta dari pelbagai jenama akan diterima untuk tukar-ganti dan ia diwajibkan melalui pemeriksaan 133-mata yang akan diluluskan oleh Volkswagen Technicians. Kesemua kereta yang dijual dari Das WeltAuto pula dijamin dengan alat ganti tulen, bebas banjir dan kemalangan dan juga mempunyai sejarah servis dari pusat servis Volkswagen.

Ulas Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM, “Perasmian ini menandakan komitmen kami dalam menguatkan jenama DWA sebagai rakan pengedar kami. Pelanggan dijamin dengan kepercayaan jangka masa panjang dan kereta yang berkualiti.”

Dalam acara sama, Koh Sai Men selaku Pengarah MHV Autohaus juga menyatakan bahawa, “Pelancaran ini merupakan peristiwa penting yang mana ia menguatkan lagi penerajuan kami sebagai pengedar DWA terbesar di Malaysia melalui penawaran pelbagai model Volkswagen yang diperiksa oleh pakar juruteknik kami”.

Pelanggan Volkswagen yang berminat untuk menjual kereta mereka boleh ke laman Das WeltAuto dengan menekan bahagian ‘Sell Your Car’. Menariknya, terdapat seksyen ‘Nearly New Car’ di mana perbatuan kereta yang tersenarai adalah kurang dari 12,000 km dan masih dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pendaftaran.

Pembeli pertama dari Das WeltAuto Gombak.

Umumnya, fasiiliti Das WeltAuto di Gombak ini boleh memuatkan 55 buah kereta secara serentak dan mempunyai dua ruang penyerahan istimewa kepada pembeli.

Juga bacaNak ‘resale value’ tinggi untuk Volkswagen anda? Jual di Das WeltAuto – portal rasmi kini dipertingkat!

Source: VPCM & MHV Autohaus lancar Das WeltAuto Gombak, pengedar individu kereta pra-milik VW pertama di Malaysia!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *