Video: Rakyat Indonesia ‘terkejut’ Malaysia dapat tol percuma sampai 4 hari sewaktu perayaan

Seperti yang anda tahu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tol percuma selama 4 hari iaitu dari 19 -21 serta 24 April bagi melancarkan aliran trafik serta memudahkan rakyat untuk pulang ke kampung bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Juga bacaSentuh kad TnG atau guna lorong RFID semasa melalui tol sempena Aidilfitri – LLM

Sari yang turut berhubung dengan warganegara Indonesia di Malaysia ini turut melihat secara ‘live’ akan nilai tol RM 0.00 yang dilepasinya.

Menariknya, seorang warganegara Indonesia dari akaun TikTok Sari Ting Ting baru-baru terkejut dengan pemberian di Malaysia itu. Untuk makluman anda, beliau terkenal dengan klip video reaksi terhadap kehidupan di Malaysia.

Menurut Sari, tempoh 4 hari tersebut adalah begitu lama dan rakyat Malaysia sebenarnya cukup beruntung. Malah, Sari juga kagum dengan kerajaan Malaysia yang memberi cuti tambahan 1 hari selepas sambutan lebaran pada hari minggu lalu.

Katanya juga, Indonesia turut ada tol percuma iaitu di 11 tempat. Cumanya, ia percuma sebab masih dalam fasa pembinaan.

Dalam klip sama, Sari juga terpegun dengan MRT laluan Putrajaya kita yang memberikan penggunaan percuma selama 15 hari dari tarikh pembukaan penuh pada 16 Mac lalu.

Juga bacaLaluan MRT Putrajaya dibuka sepenuhnya – stesen Titiwangsa mungkin jadi seperti KL Sentral?

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia, bersyukurlah kerana walaupun ada yang tak indah, negara kita tetap ada banyak kelebihan.

@saritingtingg

Inilah Kemudahan di Malaysia ❗Terbaik . full Video Terbaru Tengok di YouTub Miss Sari JOM

♬ original sound – Sari Ting Ting

Source: Video: Rakyat Indonesia ‘terkejut’ Malaysia dapat tol percuma sampai 4 hari sewaktu perayaan

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *