Video: Proton Satria GTi dianggap kereta klasik Malaysia menurut Youtuber dari British ini

Bagi anda yang belum pernah tahu, hothatch pertama Malaysia iaitu Proton Satria GTi turut dijual di United Kingdom, Jerman dan Australia. Di UK, untuk 6 bulan pertama, hanya 150 unit sahaja yang berjaya dijual kerana pengedar Proton di sana agak sikit berbanding jenama lain.

Juga bacaProton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh!

Risalah Satria GTi di UK tetapi kalau di Malaysia pasti iklan sebegini tidak akan dilulus.

Namun begitu, jumlah jualan di sana mencecah 724 unit dan menurut How Many Left UK, setakat suku 3 2022, masih ada 58 unit yang kekal dalam sistem pendaftaran. Perkara ini sekaligus menjadikan Satria GTi sebagai sesuatu yang istimewa dan eksklusif.

Keunggulan hothatch kebanggaan negara kita ini dapat dilihat melalui salah satu pengedar di sana iaitu dari Heel & Toe Cars Limited yang mana mereka sedang menawarkan Proton Satria GTi 2003 yang hanya pernah dimiliki oleh seorang dengan perbatuan 217,000 km.

Juga bacaProton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini?

Walaupun dah banyak jalan, kondisinya masih nampak cantik dan baru-baru ini juga, Youtuve JayEmm on Cars turut berkongsi pendapat mengenai hothatch buatan Malaysia itu.

Secara keseluruhan, James kagum dengan mutu pemanduan dan pengendalian Satria GTi. Malah, beliau berpendapat bahawa ia lebih sedap daripada MG ZR miliknya yang hanya mencacat perbatuan setakat 43,000 km. Kiranya, Satria GTi itu tidak rasa usang langsung walaupun dengan perbatuan yang sudah mencecah ratusan ribu kilometer.

Ekzos segi empat sayangnya dimakan karat dan ia telah diganti dengan jenis bulat sebegini.

Namun begitu, James turut berpendapat bahawa ia tidak sehandal pesaing lain seperti Honda Civic Type R EP3 dan Peugeot 206 GTi ketika zaman kegemilangannya dan harga yang ditawarkan sewaktu baru juga agak tinggi.

Malah, James juga memberitahu bahawa Satria Neo sendiri lebih syok untuk dipandu berbanding Satria GTi.

Apapun, James sejujurnya berkongsi bahawa Satria GTi adalah kereta yang mempesonakan dan layak dipanggil sebagai sebuah klasik. Sekarang ini, Harga Satria GTi di UK adalah sekitar 9,000 GBP (~RM 50,000) tetapi dalam senarai tidak ada banyak. Atas jalan pun dah jadi ‘barang rare’.

Juga bacaProton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal!

Source: Video: Proton Satria GTi dianggap kereta klasik Malaysia menurut Youtuber dari British ini

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *