Vespa Malaysia jadual bawa masuk Vespa Primavera Color Vibe (2023), unit katanya ‘sangat’ terhad!

Peminat jenama skuter ikonik Itali, Vespa tempatan mempunyai satu lagi sebab untuk bergembira apabila Piaggio Malaysia dikatakan akan membawa masuk penawaran edisi istimewa Vespa Primavera Color Vibe (2023)

Terkenal dengan pelbagai versi istimewa, Vespa Primavera Color Vibe Limited Edition diperkenalkan di acara berprestij, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 pada November lalu.

Juga baca: MotoPlex Butterworth rasmi ‘buka pintu’, Piaggio, Vespa, Aprilia, Moto Guzzi kini di utara tanah air!

Bukan sekadar khabar angin, perkembangan itu diperoleh daripada ‘orang kuat’ Piaggio Malaysia, dalam satu majlis, baru-baru ini.

Menurutnya, Vespa Primavera Color Vibe (2023) adalah versi terkini yang bakal diperkenalkan di pasaran tempatan. Dan pelancarannya dijadualkan ‘tak lama lagi’ iaitu sekitar Mei atau Jun depan.

Tetapi sedikit mengecewakan, tampil sebagai unit edisi terhad di seluruh dunia, unit yang ditawarkan di pasaran tempatan juga dijangka sedikit ‘mengecewakan’ iaitu amat terhad.

Pelancaran Vespa Primavera Color Vibe (2023) di Indonesia

Sebagai contoh, ketika dibawa masuk ke Indonesia, Vespa Primavera Color Vibe (2023) dikatakan datang dengan unit cukup terbatas dan berkemungkinan hanya satu digit. Justeru, kemungkinan sama turut ada.

Mengulas ringkas Vespa Primavera Color Vibe (2023), dari sudut rekaan dan spesifikasi, ia menggunakan platform Vespa Primavera (2023) Standard namun ‘dicantikkan’ menerusi padanan skema warna, corak grafik dan kemasan krom yang unik.

Di bahagian  trenkuasa dan teknikal dengan Vespa Primavera Color Vibe (2023) kekal dengan padanan enjin i-get bersesaran 154.8 cc, 1 Silinder, 3 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api bersama transmisi automatik CVT.

Juga baca: Edisi terhad Vespa Primavera Color Vibe (2023) luncur di Indonesia, harga RM 17.6k!

Kuasa dihamburkan adalah pada 11.6 Hp pada 7,500 rpm dan tork 12 Nm pada 5,000 rpm.

Sistem suspensi menggunakan penyerap hentak tunggal dengan ‘Swing arm’ (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri pelarasan (preload). Sistem brek pula dikendalikan cakera tunggal (depan) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan brek dram (belakang).

Ciri-ciri lain termasuklah sistem lampu LED (depan, belakang, DRL), port pengecas USB. Informasi lain adalah seperti kapasiti tangki bahan api 7 liter dan ketinggian pelana 790 mm. 

Source: Vespa Malaysia jadual bawa masuk Vespa Primavera Color Vibe (2023), unit katanya ‘sangat’ terhad!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *