Van jenazah kini ada dijual dalam bentuk model skala, koleksi keinsafan untuk anak-anak!

Dalam dunia kenderaan model skala, satu trend yang menarik baru-baru ini muncul, membuka jalan bagi peminat untuk terlibat dalam permainan imaginatif sambil merenung mengenai akhirat dan kematian.

Beberapa penjual di gedung atas talian nampaknya sudah mula menjual “van jenazah” versi model skala untuk peminat. Menariknya, kenderaan skala ini juga dijual dengan set keranda yang digunakan dalam Islam.

Van jenazah model skala seperti ini selalunya digunakan untuk mengangkut si mati dari tempat berehat terakhir mereka ke tanah perkuburan. Dengan memperkenalkan kanak-kanak kepada van jenazah model skala ini, ia memberikan nilai sepertu memupuk rasa ingin mempelajari dan merenung tentang akhirat.

Model yang digunakan adalah van Toyota Hiace dan mempunyai skala 1:36. Ia juga dilengkapi dengan lampu dan siren untuk memberikan lebih persamaan dengan kenderaan sebenar. 

Ukuran bagi van jenazah model skala ini adalah tinggi 6.5cm, lebar 5cm dan panjang 13cm. Selain daripada menjadi permainan untuk kanak-kanak, ia juga digunakan untuk objek pembelajaran dan model hiasan di atas kek bagi majlis dengan tema tertentu.

Kanak-kanak mampu mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam tentang empati dan belas kasihan terhadap orang lain dengan menggalakkan perbualan tentang kematian, proses bersedih, dan kepentingan menyokong mereka yang kehilangan orang tersayang. 

Kebanyakan pembeli mengulas bahawa permainan yang dijual juga dalam kualiti yang baik dan ramai yang tiada masalah memberi van jenazah model skala untuk mainan anak-anak mereka.

Maaf, tiada link affiliate bersama Shopee.

Baca: Gran Turismo 7 beri pemain “cuba” berlumba dengan Toyota Alphard!

Source: Van jenazah kini ada dijual dalam bentuk model skala, koleksi keinsafan untuk anak-anak!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *