OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Toyota “over-engineer” Prius dengan komponen modular supaya boleh dinaik taraf akan datang!

Toyota Prius adalah perintis kenderaan elektrik hibrid (HEV) yang telah memberi impak besar kepada industri automotif. Diperkenalkan pada tahun 1997, Prius merupakan kereta hibrid pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di dunia dan sejak itu telah sinonim dengan pemanduan mesra alam. 

Arah jam dari kiri atas: Prius generasi ke-1, ke-2, ke-3, ke-4 dan ke-5

Toyota Prius serba baharu hari ini (generasi ke-5 XW60) muncul dengan kritikan dan cabaran baru. Walaupun dipuji kerana menangkap estetika futuristik dan diposisikan sebagai produk berkualiti tinggi, Toyota masih mendapati dirinya merenung soalan pengkritik: “Mengapa bukan kereta elektrik sepenuhnya? Mengapa terus menghasilkan hybrid?”.

Melangkaui trenkuasa

Toyota Prius bukan sekadar rekaan futuristik dan trenkuasa hibrid sahaja; ia lebih daripada itu. Terdapat pendekatan sistematik dan berstruktur yang digunakan untuk mengoptimumkan nilai produk ini hasil daripada kejuruteraan yang memandang ke masa hadapan.

Pengeluar kereta hari ini perlahan-lahan mengambil langkah dalam menerima hakikat bahawa menyimpan kereta lama untuk tempoh yang panjang adalah satu strategi yang boleh diterima dalam menjaga alam sekitar, sama seperti menjual kereta elektrik baharu.

Tidak dinafikan bahawa kenderaan baharu adalah lebih cekap tetapi pembinaan kereta masih melibatkan penggunaan sumber-sumber terhad di dunia.

Pengeluaran karbon dalam pengeluaran kereta adalah sangat kompleks. Terdapat logam yang harus diekstrak dan dibentuk menjadi komponen badan, getah untuk membentuk tayar, plastik untuk membentuk papan pemuka, dan kesemua ini berlaku sebelum kenderaan bertukar tangan kepada pembeli.

Memahami objektif untuk pengurangan karbon tidak seharusnya hadir daripada pergerakan kenderaan. Efisiensi bahan api bukan imej terbesar untuk pengurangan karbon. Ia harus menerapkan aplikasi lain seperti pembuatan kenderaan. 

Isu ini menjadi lebih sukar untuk diuruskan dalam era di mana kereta dikemas kini sepantas iPhone, dan pengeluar tidak mempunyai cara terbaik untuk menawarkan inovasi baru tepat pada masanya.

Other Post You May Be Interested In

Toyota sendiri tidak asing dengan keadaan ini – mereka mempunyai lebih daripada 100 juta kenderaan berjenama mereka di atas jalan raya hari ini, namun tiada cara untuk mengetahui apa yang berlaku kepada kenderaan yang ada pada pembeli yang bukan pemilik pertama.

Toyota berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan “Upgrade Ready Design” yang merupakan satu lagi kelebihan Prius baharu namun jarang diwar-warkan.

“Kami menggelarkan diri kami sebagai sebuah syarikat automobil, tetapi pada hakikatnya, kami adalah sebuah syarikat kereta baharu. Untuk layak mendapat nama syarikat automobil, kita perlu melihat kehidupan kenderaan kita selama 20 tahun.

“Kenderaan menghabiskan dekad pertama dengan pemilik asal, kemudian bertukar tangan kira-kira tiga kali sebagai kereta terpakai. Apabila kita mengubah diri kita menjadi sebuah syarikat mobiliti, kita perlu memikirkan bagaimana untuk menjana nilai sepanjang hayat ini.”

Itulah kata-kata Pengerusi Akio Toyoda, dan cabaran yang ditimbulkan beliau kepada jurutera yang bekerja menghasilkan Prius.

Prius mahu jadi kereta terpakai “baharu”, lebih kurang begitu

Kredit: Noriaki Mitsuhashi/N-Rak Photo Agency

Pada asasnya beliau memberitahu bahawa Toyota akan menghasilkan kereta terpakai yang boleh diperbaharui, selama mana ia mampu digunakan di atas jalan.

Pengurus Besar Projek Nariaki Amano mengatakan bahawa ia adalah objektif yang berbaloi. “Saya melihatnya sebagai satu cabaran untuk mengubah sifat pengeluaran kereta. Sehingga kini, tugas kami memerlukan perancangan, reka bentuk, dan penghasilan kereta baru, kemudian menghantarnya.

“Kami tidak mempunyai cara untuk menaik taraf kenderaan pelanggan selepas ia dijual.”

Lebih menarik lagi, cabaran ini digalas oleh satu pasukan kecil – hanya 10 orang yang terlibat. Tiada lagi pengkhususan jawatan secara individu di jabatan masing-masing, budaya genba hari ini bermakna jurutera yang telah lama berkhidmat kini perlu mempunyai pandangan yang lebih baik mengenai tingkah laku pelanggan.

Kereta malar segar, senantiasa

Digelar projek ‘Next Generation Used Car’, tempoh pembangunan dua tahun menyaksikan eksekutif dan jurutera sama-sama mempelajari proses naik taraf dengan mengubah suai bumbung suria pada Alphard, serta berkelana di seluruh Jepun melakukan kerja lapangan dan menghantar sendiri alat ganti.

Pengalaman pertama bekerja di barisan hadapan jualan dan pengeluaran membawa kepada wawasan bahawa naik taraf akan datang – yang memberi manfaat di luar daripada pemilik pertama – boleh dilakukan dengan lebih mudah dengan mengintegrasikan bahagian dan reka bentuk (atau templat) yang diperlukan ke dalam kenderaan dari awal lagi.

Pemasangan sensor dan pelarasan pendawaian lebih mudah dilakukan pada masa akan datang

Kesemua ini memuncak dalam Toyota Prius ‘Upgrade Ready Design’ yang membawakan banyak faktor pemasangan dengan teknologi masa depan / kemas kini perisian ke dalam penghasilan kenderaan supaya ia memudahkan tugas naik taraf yang intensif buruh.

Hasilnya? Sebuah kenderaan dengan kedua-dua perisian dan perkakasan yang boleh dinaik taraf sepanjang jangka hayat kereta, meningkatkan nilai terpakai dan memastikan ia relevan lebih lama. Pada masa akan datang, perkhidmatan ini bertujuan untuk menyokong komponen baru dan penambahbaikan tahunan.

Pengurus Projek Seiichi Tagawa menunjukkan pengubahsuaian komponen

Projek ini pertama kali membuahkan hasil di Jepun. Melalui Kinto Unlimited (program sewaan kereta Toyota), model Prius akan menerima naik taraf blind spot monitor (BSM) dan panoramic view monitor (PVM, atau kamera 360 darjah) ketika ini untuk pengguna baharu.

Baca: Habis dijual dalam 1 hari, Toyota Prius 2023 mempunyai tempoh menunggu selama 1 tahun di Jepun & Amerika Syarikat

Walaupun baru dalam fasa pertama dengan Prius, minat untuk projek ini untuk dikembangkan kepada kereta lain dan kilang luar negara adalah memberangsangkan. Lebih penting lagi, Prius yang pernah “merakyatkan” teknologi hibrid kini hadir dengan revolusi kedua.

Baca: Kereta kegemaran Yakuza, 2023 Toyota Prius akan menerima rekaan belakang inspirasi daripada Nissan Z baharu!

Source: Toyota “over-engineer” Prius dengan komponen modular supaya boleh dinaik taraf akan datang!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *