USA jobs

Toyo Proxes Sport 2 & Open Country A/T III kini di Malaysia – tayar cengkaman ‘padu’ untuk kereta, SUV & 4×4

Toyo Tyre Sales & Marketing Malaysia sebentar tadi telah melancarkan dua model tayar baru di pasaran. Yang pertama adalah siri tayar ultra-high performance (UHP) model Toyo Proxes 2. Yang kedua pula adalah tayar pikap jenis All-Terrain baharu iaitu model Toyo Open Country A/T III.

Toyo Proxes 2

Model terbaharu buat tayar berprestasi tinggi ultra dari Toyo ini dicipta dengan dua penekanan utama iaitu pengendalian jitu dan cengkaman permukaan basah yang luar biasa.

Secara amnya, Toyo Proxes Sport 2 dikhaskan untuk kereta dan juga SUV. Antara teknologi yang diterapkan adalah reka bentuk paten tidak simetri (asymmetrical) yang meningkatkan prestasi dan tahap keselamatan dalam pelbagai kondisi.

Struktur tayar asymmetrical ini juga menerapkan struktur baru yang begitu keras untuk memantapkan lagi tahap kestabilan dan pengendalian. Dengan menggunakan kompaun unik, jangka hayat juga dapat dipertingkatkan.

Other Post You May Be Interested In

Secara amnya, berbanding model pendahulu iaitu Proxes Sport, jarak pemberhentian pada permukaan kering buat siri 2 ini dapat dipendekkan sehingga 4%. Untuk permukaan basah pula mencapat 16%.

Ia didatangkan dengan saiz dari 18 – 20 inci dan harganya pula berada dalam julat RM 700 – RM 1300/biji.

Toyo Open Country A/T III

Tayar untuk 4×4 atau pikap yang jenis semua permukaan ini pula adalah pewaris kepada pendahulu iaitu model Open Country A/T Plus.

Secara amnya, Open Country A/T III menawarkan cengkaman yang mantap pada semua jenis permukaan, termasuk di kawasan lecak dan berbatu-batu.

Teknologi T-Mode Toyo dan Nano Balance yang diterapkan pula menjanjikan keseimbangan dari segi keselesaan dan prestasi. Bercakap mengenai ini, indeks cengkaman dengan permukaan buat Toyo Open County A/T III meningkat sehingga 41% berbanding model pendahulu.

Ia didatangkan dari saiz 15 – 20 inci. Julat harganya pula adalah dari RM 500 – RM 1,200/biji.

 

 

Source: Toyo Proxes Sport 2 & Open Country A/T III kini di Malaysia – tayar cengkaman ‘padu’ untuk kereta, SUV & 4×4

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *