TNB akan labur RM 90 juta bagi menambah pengecas DC di lebuh raya, jalan biasa pun termasuk

BMW iX dan BYD Atto 3 yang dilihat sedang mengecas di subsidiari TNB, Stesen DC Tenaga Switchgear.

Menurut laporan dari Bernama berkenaan EV Conference 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melabur RM 90 juta dalam tempoh dua tahun ini untuk menyediakan lebih banyak pengecas kereta elektrik (EV) jenis DC.

Jelas mereka, “Di sepanjang lebuh raya PLUS, kami menyasarkan lagi 7 stesen DC menjelang akhir tahun ini. InsyAllah akhir tahun nanti akan ada 10 pengecas DC di sepanjang lebuh raya tersebut”.

Stesen TNB Electron yang diguna oleh BMW i7.

Menurut Pengarah dan Pengurus Program Projek TNB, Mohd Junaizee Mohd Noor, pihak mereka setakat ini sudah menyediakan stesen mengecas di Ayer Keroh, Tapar dan R&R Paka.

Ketiga-tiga lokasi ini menggunakan TNB Electron iaitu pengecas DC 180 kW yang boleh menyokong dua pengecasan yang mengeluarkan output 90 kW secara serentak.

Juga bacaTNB: Pelaburan RM 90 juta dirancang untuk pengecas pantas DC, lebih 70 unit menjelang 2024

Other Post You May Be Interested In

Sasaran EV buat TNB.

Menariknya, Junaizee turut berkata bahawa TNB kini dalam perbincangan untuk menyediakan stesen DC di jalan biasa.

Jelas beliau, “Kami mahu mengurangkan kerisauan jarak pandu, di samping menggalakkan lebih ramai lagi pengguna untuk membeli kereta EV”.

TNB menjangkakan pengecas EV akan guna 16% dari penggunaan elektrik Malaysia menjelang 2040.

Apapun, Junaizee turut memberitahu bahawa terdapat beberapa cabaran yang TNB dan pembekal servis pengecasan EV terpaksa hadap iaitu kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk jenis stesen pengecas.

Katanya, “setia PBT ada piawaian masing-masing dan isu ini perlu ada jalan penyelesaian yang lebih baik supaya isu seperti yang dihadap dapat diselesaikan dengan mudah. Saya berharap dengan kordinasi bersama, tempoh untuk mendapat kelulusan dari PBT dapat dipendekkan kepada dua bulan sahaja”.

TNB juga berminat dengan hab mengecas – seperti stesen minyak. Yang pertama iaitu di Bangsar dijangka siap menjelang akhir 2023.

Antara faktor lain pula adalah kekurangan ruang dan tempat untuk memasang stesen pengecas. Untuk membendung, TNB terbuka untuk mendapat kerjasama dari syarikat tempatan yang berminat untuk menyediakan tempat tersebut yang mana TNB akan membekalkan elektrik.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI), setakat ini, Malaysia sudah ada 900 pengecas EV.

Source: TNB akan labur RM 90 juta bagi menambah pengecas DC di lebuh raya, jalan biasa pun termasuk

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *