USA jobs

Tempahan ‘Minimoto’ unik CFMoto Papio XO-1 (2023) dah dibuka, lancar di Malaysia Autoshow 2023?

Sebelum ini, rakan media kami yang mendapat jemputan bagi pelancaran model terbaharu CFMoto di Turkiye mendapat maklumat syarikat itu bakal membawa penawaran baharu dalam segmen ‘Mini’ iaitu CFMoto Papio XO-1 (2023) ke pasaran tempatan.

Dan perkembangan terbaharu, tempahan untuk motosikal unik berkenaan sudah pun dibuka oleh beberapa pengedar tempatan jenama itu menerusi laman Facebook rasmi masing-masing.

Juga baca: CFMoto 450SR (2023) kini rasmi di Malaysia, unit CKD, harga RM 28.2k!

Menurut maklumat yang dikongsikan, harga CFMoto Papio XO-1 (2023) untuk pasaran tempatan adalah sekitar RM 7k hingga RM 9k. 

Jika berpandukan kepada rekaan CFMoto Papio XO-1 (2023) di pasaran China, ia tampil dengan rekaan ‘Naked fairing’ yang jelas menarik dan sememangnya unik.

Rekaan depan ‘dicantikkan’ dengan penggunaan lampu utama berbentuk bulat berkembar, panel meter berbentuk bulat kombinasi digital dan analog serta pelana tampil dengan ciri bertingkat.

Other Post You May Be Interested In

Dari sudut spesifikasi trenkuasa pula, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 126 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Udara yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Juga baca: CFMoto 250SR (2023) di Malaysia dah ada warna baharu, harga asas kekal RM 16.8k?

Kuasa dihamburkan adalah 9.5 Hp pada 8,500 rpm dan tork 8.3 Nm pada 6,500 rpm.

Untuk tambah memikat, sistem suspensi tampil dengan komponen premium menggunakan fork terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal belakang. Sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang. 

Informasi lain adalah seperti berat 114 kg, kapasiti tangki bahan api 7 liter, set roda bersaiz 120/70-12 (depan) dan 130/70-12 (belakang).

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Nebula White, Fiery Red dan Moss Green.

Sekalipun tempahan sudah dibuka, tapi tak diketahui bila CFMoto Papio XO-1 (2023) akan dilancarkan secara rasmi tetapi ada kemungkinan dan tak mustahil ia akan dipamer dan diperkenalkan ketika acara Malaysia Autoshow 2023 yang bakal berlangsung. 

Juga baca: CFMoto Malaysia umum ketibaan CFMoto 700CL-X ADV (2023) di Malaysia, 1 pilihan warna, harga RM 35.9k!

Source: Tempahan ‘Minimoto’ unik CFMoto Papio XO-1 (2023) dah dibuka, lancar di Malaysia Autoshow 2023?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *