Tawaran istimewa ‘Z-Anniversary Box’ kepada pembeli Modenas Z250 ABS, unit terhad!

Kawasaki siri Z menyambut ulang tahun ke-50, tahun ini. Dan bagi meraikannya, Modenas menerusi Edaran Modenas Sdn Bhd (Emos) memperkenalkan tawaran eksklusif ‘Z-Anniversary Box’ (Z-Box) kepada pembeli baharu Modenas Z250.

Seperti kebanyakan tawaran istimewa lain, Z-Box tersedia dalam unit cukup terhad, 300 unit sahaja.

Juga baca: Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k!

Emos dalam satu kenyataan berkata, pelbagai barangan rasmi dan eksklusif tersedia di dalam Z-Box. Dan setiap Z Box mengandungi: 

  • I helai baju-T Z
  • 1 unit buku ‘Z Chronicles’
  • 1 sarung kepala (bandana) Kawasaki

Sebagai info, Modenas Z250 ABS memasuki pasaran tempatan, tahun lalu menerusi kerjasama strategik Modenas/Kawasaki.

Other Post You May Be Interested In

Mengulas ringkas Modenas Z250 ABS, ia adalah motosikal bergaya ‘Naked’ yang dipacu enjin bersesaran 249 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC. Sistem transmisi adalah 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac Assist & Slipper.

Puncak kuasa adalah 37 Hp pada 12,500 rpm dengan tork puncak 23 Nm pada 10,000 rpm. Tampil dengan rekaan ‘Sugomi’ Kawasaki, Modenas Z250 ABS adalah motosikal yang lincah dan hanya memiliki berat sekitar 165 kg.

Sedikit mengenai sejarah siri Z Kawasaki, jenama Jepun itu mengejutkan dunia motosikal dengan memperkenalkan Kawasaki 900 Super4. Digelar sebagai Z1, ia adalah model yang dipadankan dengan enjin 4 silinder sebaris pertama kelasnya dengan sistem DOHC.

Juga baca: Modenas Ninja 250 ABS/Z250 ABS sertai ‘kelab’ dapat penarafan 5 Bintang MyMAP!

Didatangkan dengan teknologi termaju, Z1 masih dianggap sebagai antara model terbaik dari Kawasaki hingga kini dengan model siri Z terus berkembang menjadi salah satu jenama motosikal utama Kawasaki. 

Secara keseluruhan, bermula dari 1972 hingga 2021, sejumlah 2,571,000 unit model Z sudah dihasilkan di seluruh dunia.

Kepada yang berminat, anda boleh melayari laman sesawang Modenas dan Kawasaki di pautan https://modenas.my/v2/ dan http://www.kawasaki.com.my/home; atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135. 

Juga baca: Rebiu Modenas Z250 ABS: Layak lagi ke dilabel antara terpadu dalam kelasnya, baloi ‘angkat’?

Source: Tawaran istimewa ‘Z-Anniversary Box’ kepada pembeli Modenas Z250 ABS, unit terhad!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *