USA jobs

Taruhan terbaharu Aveta, Ranger Max 130 (2023) buat penampilan, kapcai ‘lasak’ unik ada aksesori penghantaran, ADV Touring!

Selain skuter hybrid Aveta VADV 150 Hybrid (2023), antara model yang mendapat perhatian di reruai Aveta ketika Malaysia Austoshow 2023 yang melabuhkan tirainya, minggu lalu adalah kapcai bergaya lasak unik, Aveta Ranger Max (2023).

Apa yang menarik, tidak sekadar menayangkan versi ‘Standard’, pihak Aveta turut menampilkan dua unit Aveta Ranger Max (2023) yang sudah lengkap dengan kelengkapan aksesori.

Juga baca: Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k!

Paling mendapat perhatian pastinya versi yang lengkap dengan kelengkapan ‘Touring’ atau jelajah. Tampil menarik, model ini dipadankan dengan ‘top box’ aluminium, visor angin tinggi, tangki air/bahan api yang diposisikan di bahagian belakang kiri, rak serta beg di bahagian depan.

Tampak sememangnya dihasilkan dengan kemampuan menjelajah laluan lasak dengan turut memiliki ‘crash bar’, lebih unik adalah unit ini turut dipadankan dengan ekzos ‘perang’ yang nampak seperti ‘Gatling gun’. Dan apabila motosikal ini dihidupkan, muncung ekzos berkenaan turut berpusing.

Selain itu, turut ditampilkan adalah versi penghantar di mana ia lengkap dengan ‘top box’ kanvas di bahagian belakang. Dan kedua-dua versi unik ini tampil dengan rekaan pelana tunggal berbanding versi standard.

Other Post You May Be Interested In

Menurut Aveta, kesemua aksesori berkenaan berkemungkinan besar akan turut dijual sebagai pilihan.

Juga baca: Aveta Malaysia lancar ‘Sportbike’ VZR 250 (2023), 25.4 Hp, brek cakera depan berkembar, harga asas RM 14.9k!

Memiliki rekaan yang unik bergaya lasak dengan jarak lega bumi tinggi, Aveta Ranger Max (2023) turut datang dengan beberapa ciri menarik secara ‘Standard’ antaranya penggunaan panel meter berbentuk bulat digital, rim jejari, ‘mud guard’ berparuh, pelindung bawah enjin, dan tayar jenis ‘dual purpose’.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) lengkap dengan pelindung, penyerap hentak berkembar (belakang) lengkap dengan ‘sub tank’. Brek pula menggunakan cakera tunggal (depan) dan dram (belakang).

Ciri-ciri lain termasuklah sistem lampu LED penuh dengan rekaan lampu depan berbentuk bulat.

Sekalipun sudah ditayangkan, perincian mengenai spesifikasi rasmi motosikal ini masih didedahkan oleh Aveta namun ia dijangka menggunakan enjin bersesaran 130 cc.

Pilihan warna yang ditawarkan berkemungkinan tiga seperti dipamerkan iaitu Kuning-hitam, Hijau dan Merah-hitam. 

Menurut Aveta, motosikal berkenaan dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini. Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Aveta Malaysia kemas kini Aveta V13R (2023), lampu depan kini mirip ‘YSuku’ V2!

Source: Taruhan terbaharu Aveta, Ranger Max 130 (2023) buat penampilan, kapcai ‘lasak’ unik ada aksesori penghantaran, ADV Touring!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *