USA jobs

Tak perlu duduki semula ujian memandu untuk ‘renew’ lesen ‘mati’ – Ini syaratnya

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah tamat tempoh sah laku bermula 1 Januari 2018 ke hadapan akan diberi kebenaran khas iaitu tidak perlu menjalani semula ujian memandu untuk memperbaharui LMM masing-masing. Kemudahan ini akan dilaksanakan bermula 8 Mei 2023 (Isnin).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata, inisiatif ini dilaksanakan dengan mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19 serta kekangan dihadapi rakyat Malaysia di luar negara yang tidak dapat memperbaharui LMM pada masa itu.

Pengecualian khas menduduki semula ujian memandu untuk memperbaharui lesen ini diberi kepada mana-mana pemegang LMM di dalam negara mahupun di luar negara dengan syarat-syarat berikut:

Other Post You May Be Interested In

  • Jika tarikh tamat tempoh lesen memandu anda bermula dari tahun 2018 (1 Jan), anda boleh memperbaharui lesen seperti biasa tanpa perlu menduduki semula ujian memandu seperti dahulu. Sebaliknya, jika lesen memandu anda tamat tempoh misalnya pada 31 Disember 2017 atau sebelum tarikh ini, anda perlu menduduki semula ujian memandu supaya lesen boleh diperbaharui.
  • Perlu diingatkan; tempoh kebenaran khas bagi individu yang layak untuk mendapat pengecualian ujian semula ini hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023.
  • Ini bermaksud individu layak mesti memperbaharui lesen memandu masing-masing sebelum 2023 berakhir jika tidak mahu menduduki ujian memandu semula. Peraturan sedia ada akan berkuatkuasa semula pada 1 Januari 2024.

Juga baca: Dah boleh ‘renew’ lesen memandu 10 tahun, bayaran fi khas diskaun setahun

Kebenaran khas ini juga hanya boleh dinikmati oleh pemegang LMM yang bebas daripada sebarang sekatan urus niaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak disenarai hitam oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), serta bebas daripada sebarang penggantungan akibat suatu hukuman atau Perintah Mahkamah.

Soalan lazim (FAQ) berkenaan kebenaran khas ini boleh didapati menerusi JPJ atau berhubung terus dengan talian khidmat pelanggan JPJ, tambahnya lagi.

Source: Tak perlu duduki semula ujian memandu untuk ‘renew’ lesen ‘mati’ – Ini syaratnya

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *