USA jobs

Syarikat logistik risau pengangkutan dan penyimpanan EV, risiko kebakaran sukar dipadamkan!

Kebimbangan mengenai pengangkutan kereta elektrik (EV) telah disuarakan oleh syarikat penghantaran dan perniagaan feri.

Antara yang bersuara adalah Havila Kystruten, sebuah syarikat logistik yang berpengkalan di Norway, mempertimbangkan untuk melarang sepenuhnya EV di kapal mereka, seperti yang dilaporkan oleh GoAutoNews Premium.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka akan melarang penggunaan EV di kapal mereka kerana risiko kebakaran pada EV dianggap “terlalu serius”. Apabila berlaku kejadian panas berlebihan (overheating) pada bateri, ia akan menjadi tindak balas berantai yang sukar untuk dihentikan.

“Kebakaran pada kereta elektrik boleh menjadi sangat panas, dan terdapat risiko letupan di mana gas beracun akan dilepaskan. Ini bermakna anda perlu mengosongkan kapal dengan segera dan dalam senario kes yang paling buruk, kapal boleh mengalami kerosakan sepenuhnya,” kata Lasse A. Vangstein, Ketua Komunikasi di Havila Kystruten, kepada televisyen Norway NRK.

Baca: Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, nak padam api sepenuhnya makan berhari-hari?

Other Post You May Be Interested In

Tiada cara untuk memadamkan api bateri setakat ini kecuali dengan merendamnya dalam tangki air.

Mike Phillips, rakan kongsi di firma guaman Watson Farley & Williams, berkata dalam laporan oleh GoAutoNews Premium, “Walaupun tidak jelas sama ada EV lebih cenderung terbakar berbanding kenderaan enjin pembakaran dalam (ICE), adalah jelas bahawa kesannya adalah lebih dahsyat dan lebih sukar untuk dikendalikan.”

“Bahan-bahan komponen dalam bateri bermakna bahawa kebakaran itu sangat bertenaga dan teknik pemadaman kebakaran tradisional tidak semestinya berkesan. Ini akan membezakan risiko EV daripada kereta ICE apabila diangkut di atas kapal,” tambahnya.

Kenderaan ICE biasanya diangkut dengan jumlah bahan api yang minima untuk mengurangkan berat dan mengambil kira faktor keselamatan kebakaran. Jika kenderaan didapati mempunyai bahan api berlebihan, ia masih boleh dikurangkan sebelum dimuatkan ke dalam kargo tetapi perkara yang sama tidak boleh dilakukan kepada EV kerana tahap keadaan bateri haruslah tinggi (SoC).

Chevy Bolt ini terbakar selama 4 jam

Kajian[1] menunjukkan bahawa bateri dengan SoC tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk terbakar apabila terdedah kepada haba dan terbakar dengan lebih kuat apabila terbakar. Dari perspektif keselamatan kebakaran, disarankan untuk mengangkut bateri ion litium pada tahap SoC yang rendah dan jauh dari sumber haba.

“Dengan penggunaan EV yang semakin meningkat, syarikat feri akan melihat jumlah EV yang lebih besar diangkut di dalam armada mereka. Ini mungkin diterjemahkan kepada risiko yang lebih tinggi, kerana kenderaan tersebut akan berbeza dan berada dalam pelbagai tahap pengecasan,” tambah Phillips.

Baca: Pemilik EV berebut ‘charger’, ‘aircond’ terpaksa ‘off’ – pengguna EV di China mengeluh ketika musim perayaan!

Source: Syarikat logistik risau pengangkutan dan penyimpanan EV, risiko kebakaran sukar dipadamkan!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *