Subsidi bersasar mungkin dilaksanakan pada 2024, akan mula dengan diesel dahulu

Kerajaan dijangka akan melaksanakan pemberian subsidi bahan api bersasar pada tahun hadapan; bermula dengan diesel sebelum pelaksanaannya diperluaskan kepada RON 95.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata, perkara ini dibangkitkan di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) pada Rabu, lapor NST.

Beberapa kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kini sedang dalam proses mengintegrasikan pengkalan data.

Menurut beliau, pengkalan data berintegrasi ini akan digunakan untuk proses menyelaraskan data berkait. Semua agensi dan kementerian sudah mempunyai pengkalan data masing-masing, dan semua data ini hanya perlu disegerakkan supaya ia efektif untuk pelaksanaan pemberian subsidi bersasar nanti, katanya lagi kepada akhbar itu.

Setakat ini, mekanisma pelaksanaan subsidi minyak bersasar ini belum dapat dipastikan.

Juga baca: Public Investment Bank: Harga RON 95 & Euro 5 B10 mungkin naik jika subsidi bakal disemak semula oleh kerajaan

Memetik kenyataan pada Februari lalu oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, kerajaan Malaysia boleh memperoleh semula RM 17 bilion jika kumpulan T20 tidak diberi subsidi petrol, diesel, dan gas petroleum cecair (LPG).

Ahmad Maslan berkata penggunaan bahan api mengikut kumpulan pendapatan pada tahun lalu ialah 24 peratus oleh B40, 41 peratus oleh M40, dan 35 peratus oleh T20.

Juga baca: K’jaan sedang perincikan syarat untuk penerima subsidi diesel bersasar, penggunaan “fleet card” dalam perancangan

Source: Subsidi bersasar mungkin dilaksanakan pada 2024, akan mula dengan diesel dahulu

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *