Suatu masa dahulu, lagu-lagu Sheila Majid pernah digunakan untuk iklan Nissan Skyline R32 di Jepun!

Tak salah jika kami katakan bahawa era 80an dan 90an mempunyai aura gemerlipan dan glamour yang penuh berseni serta ekspresif. Ambil contoh, negara Jepun. Pada akhir 80an sehingga awal 90an, mereka telah melalui fasa ekonomi gelembung, atau lebih dikenali sebagai “Bubble Era”.

Pada masa itu, harga hartanah dan saham Jepun melonjak naik dengan begitu ketara, menyebabkan banyak syarikat di Jepun sarat dengan wang tunai, walaupun hanya sebahagian daripadanya sahaja yang nyata. Akhirnya, ia jatuh merudum dengan teruk akibat dinilai dengan terlalu tinggi.

Sebelum itu berlaku, keadaan ini menjadikan semua pembuat kereta Jepun sangat bercita-cita tinggi. Honda, Toyota dan Nissan melancarkan jenama mewah mereka dalam usaha untuk bersaing dengan Mercedes-Benz, Audi, dan BMW; Honda memutuskan untuk berlawan dengan Ferrari dengan membina NSX dan mencuba tangan mereka membekalkan enjin dalam Formula One; dan kesemuanya melancarkan pelbagai produk niche baru yang serba unik.

Baca juga: Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif… atau gagal?

Antara hero pujaan ramai peminat…

Kesan daripada “Bubble Era” ini juga membolehkan pembuat kereta Jepun berjaya menghalang pembuat kereta asing daripada ‘mencari makan’ di pasaran domestik mereka dengan begitu ketara!

Baca juga: Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Salah satu daripada kereta yang dikeluarkan pada era tersebut adalah Nissan Skyline R32. Dilancarkan pada tahun 1989, Nissan menawarkan bentuk badan coupe 2 pintu atau sedan hardtop 4 pintu, dan menampilkan pelbagai jenis varian dengan beberapa versi enjin 6-sebaris siri RB yang cukup terkenal.

Baca juga: RB26DETT vs 2JZ-GTE – legenda enjin Nissan Skyline GT-R & Toyota Supra, mana satu padu?

Untuk mempromosikan Nissan Skyline R32 kepada rakyat Jepun, mereka telah mengeluarkan beberapa siri iklan. Menariknya, beberapa iklan tersebut telah menggunakan lagu daripada Dato’ Sheila Majid! Tak percaya? Tengok pautan video dibawah:

@wapcar_zamil Amacam, rasa bangga tak? ? #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #learnontiktok #malaysia #nissan #nissanskyline #wapcar #artismalaysia ♬ Despair (抖音热播) – 初梦

Dato’ Sheila Majid merupakan artis Malaysia pertama yang memasuki pasaran Jepun. Genre yang dibawa beliau pada ketika itu agak popular, dikenali sebagai ‘City Pop’. Dia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada ramai rakyat Jepun, dan menjadi terkenal di negara tersebut.

Walaupun asalnya kedua-dua lagu ‘Bila Larut Malam’ dan ‘Dimana Kan Ku Cari Ganti’ merupakan hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Datin Amar Salmah (Saloma), sentuhan unik Dato’ Sheila Majid ‘kena’ dengan peredaran era serta halwa telinga rakyat Jepun pada masa itu.

Menarik kan?

Source: Suatu masa dahulu, lagu-lagu Sheila Majid pernah digunakan untuk iklan Nissan Skyline R32 di Jepun!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *