Selepas tiba di pasaran Thailand dan Singapura, nampaknya Malaysia adalah yang seterusnya untuk melancarkan Peugeot 408 generasi baru memandangkan kelibat model ini telahpun dijumpai iaitu dari RWD Industries. Dengan nombor plat dagangan yang bermula dengan huruf K juga, model ini mungkin dipasang lokal (CKD) di kilang Stellantis di Gurun, Kedah.
Juga baca: Peugeot 408 dipamerkan di Singapura – bakal menggiurkan rakyat Malaysia kalau tiba di pasaran
Bagi anda yang belum tahu, kereta segmen C ini telah bertukar daripada sebuah sedan/coupe kepada ala crossover dan rupa parasnya ternyata cukup mengagumkan.
Juga baca: Peugeot 408 serba baru 2022 sudah debut, kini sebagai crossover, tiada lagi sedan berbentuk pelik
Apapun, pilihan trenkuasa untuk pasaran Malaysia masih belum dapat dipastikan. Di Thailand, Peugeot 408 baharu menggunakan enjin 1.6L turbo hibrid plug-in (PHEV) yang menghembuskan 225 PS dan 360 Nm tork.
Adakah enjin ini bakal beransur pada Peugeot 408 CKD nanti? Sama-samalah kita tunggu.
Source: Spyshot: Peugeot 408 2023 berlegar di Malaysia, pelancaran kereta Perancis lawa ini dah dekat?