Spyshot: Mitsubishi pandu uji SUV baharu pengganti ASX, bakal dilancarkan tahun 2023?

Walaupun versi konsep baru dipamerkan, nampaknya Mitsubishi telah menyediakan versi pengeluaran XFC Concept yang dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2023. Malah bentuk sebenar SUV baharu ini telah muncul secara senyap-senyap di atas jalanraya Indonesia!

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh akaun Instagram @pak_ugal. Sebuah SUV yang mengenakan samaran dilihat seolah-olah diiringi oleh dua unit Mitsubishi Xpander. Menurut Autofun.id, sangat disyaki bahawa unit ini adalah versi pengeluaran Mitsubishi XFC Concept.

Petunjuk lain dapat dilihat dari siluet badan sisi kereta ini yang sangat mirip dengan XFC Concept yang bersegi. Rim juga kelihatan sedikit seperti rekaan dwi-tona yang ditawarkan pada produk Mitsubishi terkini lain menurut pasaran Indonesia.

Baca: Mitsubishi XFC Concept didedah – ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN?

Malah pengirim turut memberitahu bahawa gambar itu diambil di sekitar kawasan Cempaka Putih, Jakarta, yang juga berhampiran dengan ibu pejabat PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia. Kesemua petanda ini menguatkan lagi hakikat bahawa Mitsubishi sedang segera menyiapkan sebuah SUV untuk pasaran automotif Indonesia dan ASEAN.

Dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023, Mitsubishi bergantung harap pada versi pengeluaran XFC Concept ini untuk menjadi satu lagi model popular di Asia Tenggara selepas kejayaan Xpander.

Ia akan melengkapi barisan produk semasa jenama Tiga Berlian ini yang dijual di rantau ASEAN termasuk Triton, Pajero Sport dan Outlander.

Baca: Rekod 24,017 unit kenderaan terjual tahun 2022, Mitsubishi Motors Malaysia kekal Top 3 pengeluar bukan nasional!

Sebagai rujukan, pasaran SUV kompak pertama kali diterajui oleh Mitsubishi dengan Mitsubishi ASX yang kini sudah dihentikan jualan. Maka, Mitsubishi tentunya mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan model laris untuk memenuhi keperluan pengguna di ASEAN.

Baca: Mitsubishi Xpander Cross facelift menyusul ke Filipina tahun ini, mahu pintas Avanza dan Livina!

Source: Spyshot: Mitsubishi pandu uji SUV baharu pengganti ASX, bakal dilancarkan tahun 2023?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *