Smart #3 debut di China, kuasa sehingga 428 PS, ada peluang untuk dilancar di Malaysia?

Smart #3 debut di China, kuasa sehingga 428 PS, ada peluang untuk dilancar di Malaysia?

Lebih kurang satu tahun selepas Smart #1 dirasmikan, kerjasama EV buatan Geely dan Mercedes-Benz semalam baru sahaja memperkenalkan Smart #3. Ia merupakan model Smart kedua yang dibangunkan atas platform Sustainable Experience Architecture (SEA) milik Geely.

Seperti yang anda sudah jangka, saiz Smart #3 lebih besar daripada #1 dan jarak rodanya hampir sama dengan Zeekr X yang baru dilancarkan tempoh hari.

Juga bacaZeekr X dilancarkan di China, model ke-3 oleh jenama EV mewah Geely dengan 427 PS & jarak pemanduan 560 km

Dari segi teknikal, Smart #3 datang dengan motor elektrik belakang yang menghembuskan 272 PS. Menariknya, Smart turut menawarkan #3 dengan pilihan tambahan motor elektrik depan berkuasa 256 PS, sekaligus meletakkan output keseluruhannya pada 428 PS.

Setakat ini, kapasiti bateri dan jarak pandunya belum lagi didedahkan.

Tetapi secara visual, Smart #3 nampak lebih seimbang berbanding Smart #1. Kalau anda nak tahu, Smart di China turut menawarkan pilihan kit tambahan Brabus pad SUV ini.

Kalau anda dapat lihat, bahagian tepi Smart #3 juga menerapkan pembuka pintu jenis tersembunyi dan melengkapi estetik SUV ini adalah roda 19 inci dwi-tona.

Pada bahagian dalam, Smart #3 menampilkan kabin yang lebih kurang sama dengan #1, termasuklah infotainment 12.8 inci yang dikuasai oleh SoC Qualcomm SA8155P.

Untuk pengetahuan anda, Smart #3 akan memulakan jualan di China dalam tahun ini juga. Eksport ke Eropah pula akan berlangsung pada tahun 2024.

Memandangkan Smart #1 sendiri akan tembus pasaran Malaysia, Smart #3 ini mungkin akan mengikut jejak langkah sama tetapi garis masa untuk pelancarannya masih belum ada sebarang perkembangan.

Juga bacaSmart #1 ‘on track’ untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV

Source: Smart #3 debut di China, kuasa sehingga 428 PS, ada peluang untuk dilancar di Malaysia?

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *