Skuter elektrik dengan 70km jarak gerak, kalis air dan pancit – Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra dilancarkan!

Mobile World Congress 2023 Bercelona merupakan pentas bagi syarikat teknologi mempamerkan produk-produk baharu mereka yang terkini dalam industri. Dalam acara global itu, Xiaomi tidak ketinggalan dalam menawarkan skuter elektrik terbaharu mereka, Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra.

Skuter baharu ini merupakan satu produk atas daripada Scooter 4 Pro dan merupakan produk mercu terbaharu mereka dalam arena skuter elektrik. Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra menawarkan sehingga 70km jarak gerak berbanding hanya 55km pada Scooter 4 Pro.

Rekaan Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra  juga lebih radikal, menawarkan sistem dwi-penggantungan pertama daripada Xiaomi. Tujuannya adalah untuk “perjalanan yang lancar dan selamat, walaupun di keadaan yang sukar”.

Skuter ini juga menggunakan tayar Xiaomi DuraGel 10-inci yang lebih luas, kalis tusukan dan pengedap sendiri untuk mengurangkan risiko kebocoran tayar.

Other Post You May Be Interested In

Xiaomi mendakwa kelajuan maksimum adalah sehingga 25 km/j (berdasarkan piawaian kelajuan skuter elektrik sesetengah negara), keupayaan untuk mendaki cerun dengan kecenderungan sehingga 25%, motor dengan kuasa maksimum sehingga 940W dan jarak gerak autonomi sehingga 70km.

Di samping itu, ia juga menjanjikan mod S+ baharu yang menawarkan “pecutan yang lancar dan menyenangkan”. Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra mempunyai sijil perakuan IP55 (kalis air), menyokong beban maksimum 120 kg dan menawarkan platform 880 cm² serta bar hendal 490 mm yang diperbesarkan.

Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra boleh didapati bermula dari 20 April 2023 di pasaran Eropah untuk harga EUR 999 (RM4,688).

Baca: Kantoi tunggang e-skuter pada kelajuan 94 km/j, lelaki ini digantung lesen, hilang kerja!

Source: Skuter elektrik dengan 70km jarak gerak, kalis air dan pancit – Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra dilancarkan!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *