Skim Pengecualian Cukai Jualan tamat, jualan kenderaan di Malaysia mula menurun bermula April 2023

Jualan kenderaan di Malaysia merosot sebanyak 19% tahun ke tahun kepada 46,583 unit pada April 2023. Bagi perbandingan bulan ke bulan pula, Volum Industri Kenderaan (TIV) pada bulan April 2023 adalah 41 peratus lebih rendah berbanding bulan Mac 2023.

Hal ini berikutan berakhirnya skim pengecualian Cukai Jualan PENJANA dan bulan bekerja yang lebih pendek selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Sungguhpun begitu, jualan bagi tempoh empat bulan pertama 2023 ini lebih tinggi sebanyak 10 peratus kepada 239,183 unit berbanding tempoh sama pada 2022.

MAA menjangkakan jualan pada Mei 2023 akan meningkat lebih tinggi daripada April 2023 berikutan isu rantaian bekalan yang lebih baik dan bulan bekerja yang lebih lama.

Dari segi jumlah pengeluaran, sebanyak 41,160 unit kenderaan dihasilkan pada April 2023 berbanding 54,734 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Pengeluaran kenderaan penumpang juga berkurangan kepada 38,575 unit pada April 2023 daripada 50,724 unit pada April 2022, manakala pengeluaran kenderaan komersial juga mengikut trend yang sama iaitu sebanyak 2,585 unit daripada 4,010 unit sebelum ini.

Baca: Tempoh daftar kenderaan tanpa SST dilanjutkan ke 31 Mac 2023, pengecualian tiada lanjutan – MOF

Source: Skim Pengecualian Cukai Jualan tamat, jualan kenderaan di Malaysia mula menurun bermula April 2023

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *