Satu notis panggilan semula rasmi diumumkan oleh syarikat pengeluar dan pengedar Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), baru-baru ini yang membabitkan dua model hangat jenama Jepun itu, Yamaha YZF-R25 dan MT-25.
Begitupun, tidak semua model akan mendapat notis berkenaan namun ia hanya membabitkan model yang dibeli antara tempoh September 2022 hingga Mac 2023.
Menurut notis berkenaan, panggilan semula itu dibuat untuk pemilik menjalani pemeriksaan membabitkan sistem hos ABS.
Juga baca: Yamaha Malaysia kemaskini Yamaha YZF-R25 (2023), warna baharu, harga kekal RM 22.9k!
HLYM turut berkongsikan nombor casis motosikal yang terbabit dengan panggilan semula itu. Untuk melihatnya, anda boleh klik pautan INI.
Selain itu, pihak HLYM dikatakan akan menghantar notis kepada pemilik yang berbabit bermula pada minggu kedua Mei 2023.
Kepada yang menerima notis berkenaan, mereka diminta segera menghubungi pengedar rasmi Yamaha atau Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd bagi mendapatkan janji temu.
Sementara itu, pihak HLYM juga menasihatkan agar pemilik yang terkesan jangan panik dan mereka boleh terus ke pengedar sah Yamaha atau Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. jika anda mendapati motosikal mereka tidak selamat untuk ditunggang.
Juga baca: Yamaha MT-25 (2022) dikemaskini, perubahan visual, harga asas naik RM 22.9k!
Source: Sistem hos ABS bermasalah, HLYM keluar notis panggil semula Yamaha YZF-R25, MT-25 terlibat!