Sime Darby untuk Q1 2023 raih untung RM 240 juta, pendapatan naik 9.5% kepada RM 11.53 bilion

Berdasarkan satu laporan dari Malaysia Gazette baru-baru ini, Sime Darby Bhd telah mencatatkan untung bersih sebanyak RM 240 juta buat suku pertama (Q1) 2023. Menariknya, prestasi ini menurun 1.6% berbanding suku sama di tahun lalu.

Dari segi hasil, ia sebenarnya meningkat 9.5% iaitu kepada RM 11.53 bilion. Sebagai perbandingan, tahun lalu hanya mencatatkan angka RM 10.52 bilion.

Menurut Sime Darby, kesusutan untung bersih itu adalah disebabkan oleh untung rendah dari perniagaan automotif di China serta peningkatan kos pembiayaan. Apapun, perkara ini diimbangi oleh keuntungan lebih tinggi dari perniagaan perindustrian.

Dan bagi tempoh 9 bulan berakhir 31 Mac 2023, untung bersih kumpulan Sime Darby sebenarnya meningkat 1.3% iaitu kepada RM 836 juta. Hasil untuk tempoh 9 bulan itu pula naik 10.6% kepada RM 35 bilion.

Berdasarkan kenyataan dari Datuk Jeffri Salim Davidson iaitu Ketua pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, syarikat itu telah mula menceburi pasaran automotif Indonesia melalui usaha sama terbarunya iaitu PT Performance Motors Indonesia. Inisiatif ini didakwa sebagai langkah strategik untuk kekal kukuh dalam kedudukan pasaran serantau.

Kata beliau lagi, “Kami kini sedang menggiatkan perniagaan automotif dan perindustrian. Baru-baru ini, kami mengumumkan kerjasama dengan Chery Automobile untuk memasang kenderaan Chery di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengembangkan portfolio pemasangan kenderaan kami”.

Juga bacaChery menandatangani perjanjian CKD dengan Inokom; Omoda 5, Tiggo 8 Pro akan dipasang di Kulim, pelancaran pada Jun

Source: Sime Darby untuk Q1 2023 raih untung RM 240 juta, pendapatan naik 9.5% kepada RM 11.53 bilion

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *