Seragamkan tambang teksi dan e-hailing untuk persaingan sihat

Beberapa inisiatif termasuk penyeragaman tambang teksi dan e-hailing patut dilaksanakan bagi membantu pengusaha selain menyediakan persaingan sihat antara kedua-dua pihak dalam industri.

Cadangan ini diutarakan oleh Gabungan Persatuan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Lapangan Terbang Sabah, Sarawak dan Labuan kepada kerajaan dengan harapan isu ketidakseimbangan tambang teksi dan e-hailing di Borneo dapat diselesaikan, lapor Sinar Harian.

Foto: FB

Setiausaha gabungan, Asad Hanapi, memberitahu akhbar itu jika tambang teksi dan e-hailing dapat diselaraskan, pengguna hanya perlu memilih mana-mana perkhidmatan yang dimahukan dan persaingan adil antara kedua-dua pihak dapat diwujudkan.

Selain itu, mereka turut mencadangkan penyeragaman tambang ini dilaksanakan menerusi satu aplikasi sama.

Juga baca: Anthony Loke cadang buka semula lesen teksi dan kereta sewa kepada syarikat melalui modul baharu

Cadangan lain termasuklah penilaian semula atau pindaan peraturan dan undang-undang bagi kesamarataan peraturan dalam industri pengangkutan membabitkan teksi dan e-hailing, kata Asad. Ini termasuk memansuhkan meter dan menggunakan Sistem Pengganti Meter untuk pengusaha teksi.

Foto: FB

Asad berkata jumlah ahli daripada 23 persatuan terdiri daripada pemandu teksi, kereta sewa, dan limosin di Borneo menurun secara mendadak selepas pandemik. Kini, hanya kurang daripada 100 pemandu teksi beroperasi di Kota Kinabalu.

Oleh itu, kerajaan perlu mengambil serius cadangan inisiatif ini demi kelangsungan industri teksi, tambahnya lagi.

Juga baca: Had usia kereta e-hailing, teksi dinaikkan kepada 15 tahun – APAD

MoT rancang tambah bas elektrik, lancar pelbagai inisiatif dengan tumpuan kepada bas dan teksi!

Source: Seragamkan tambang teksi dan e-hailing untuk persaingan sihat

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *