USA jobs

Selepas dipertonton di Thailand, Stellantis kini melancarkan Peugeot 408 2023 di Korea

Peugeot 408 2023 generasi baharu pada awal tahun ini telahpun dipertonton di Thailand tetapi jualannya belum lagi berlangsung di pasaran kita. Kalau anda nak tahu, China adalah satu-satunya pasaran Asia yang sudah menjual Peugeot 408 serba baharu dan ia kini sebagai crossover yang menggabungkan gaya coupe dan SUV.

Untuk makluman anda, Korea adalah pasaran Asia pertama di luar China yang sudah melancarkan Peugeot 408 2023.

Jelas CEO Peugeot, Linda Jackson sewaktu majlis pelancaran 408 baharu berlangsung di perkarangan Gangnam di Seoul, “Ketibaan di Korea boleh memberi impak pesar pada pasaran global. Disebabkan inilah kami memperkenalkannya di Korea”.

Dari segi teknikal, hanya satu enjin sahaja yang ditawarkan iaitu unit 1.2L turbo 3-silinder Puretech yang menghasilkan 131 PS dan 230 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Model yang dipertonton di Thailand pada Mac lalu pula menggunakan enjin 1.6L turbo PHEV yang dibantu oleh bateri 12.4 kWj dan output keseluruhan menghembuskan 225 PS dan 360 Nm tork.

Other Post You May Be Interested In

Kembali di Korea, harganya bermula dari 42.9 juta Won untuk varian Allure dan 46.9 juta Won untuk varian GT. Sebagai konteks, Kia K5 bermula dari harga 24.5 juta Won.

Juga bacaPeugeot 408 2023 serba baru diperlihatkan di Thailand – fastback crossover ni boleh masuk Malaysia ke?

Bagi anda yang belum tahu, samaran Peugeot 408 baharu telahpun dilihat di Malaysia pada bulan lepas, dengan plat dagangan kedah. Perkara ini dapat memberitahu kita bahawa kereta tersebut milik Stellantis (kilang mereka di Gurun, Kedah).

Buat masa ini, pengedar Peugeot di Malaysia iaiitu Bermaz Auto Alliance belum mengumumkan apa-apa berkenaan model akan datang selain EV e-2008. Dalam barisan model sekarang, terdapat SUV 2008, 3008 dan 5008, semuanya dipasang di kilang Stellantis di Kedah.

Juga bacaSpyshot: Peugeot 408 2023 berlegar di Malaysia, pelancaran kereta Perancis lawa ini dah dekat?

Source: Selepas dipertonton di Thailand, Stellantis kini melancarkan Peugeot 408 2023 di Korea

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *