Proton sebentar tadi telah mengeluarkan satu iklan di laman Facebook rasmi mereka yang menyatakan “5 more days”. Ditambah dengan perkataan Proton X90, perkara ini sekaligus merujuk kepada pelancaran yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia iaitu SUV 7 penumpang Proton X90.
Dalam hantaran itu juga, pelancarannya dikatakan akan berlangsung pada jam 3 petang.
Setakat ini, hampir semua butiran mengenai SUV mercu Proton ini sudah didedahkan dan tempahan pun sudah mula dikutip. Secara amnya, ia ditawarkan dengan varian Standard, Executive, Premium dan Flagship.
Kesemua varian menggunakan enjin hibrid-sederhana 1.5L turbo 3-silinder yang menghasilkan 190 PS dan 300 Nm tork. Kuasa sebanyak ini dihantar ke roda depan melalui transmisi DCT 7 kelajuan.
Apa yang masih menjadi tanda tanya adalah harga rasminya. Untuk itu, ikuti perkembangan kami menjelang pelancaran keramat pada Ahad ini.
Juga baca: Rebiu: Pandangan pertama & uji pandu Proton X90 2023 di Malaysia; kami nak kata mantap, tapi…
Source: SAH: Pelancaran Proton X90 akan berlangsung Ahad ini – 5 hari lagi sebelum ketibaan tarikh keramat