Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini!

Selepas sekian lama menunggu, motosikal yang memenangi anugerah motosikal terbaik di India tahun lalu, tahun lalu, Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah akan diperkenalkan di pasaran dengan tarikh pelancarannya dijadual pada 9 Mac ini.

Perkembangan menarik itu diumumkan ketika majlis pelancaran Royal Enfield Pulau Pinang, semalam.

Seperti diketahui, Royal Enfield Hunter 350 dihasilkan sebagai model paling ‘mampu milik’ jenama ikonik hasil kerjasama British/India itu.

Juga baca: Royal Enfield Malaysia catat 500 % pertumbuhan jualan tahun lalu, lancar Pusat Pameran 3S terbaharu di Pulau Pinang!

Di pasaran Asia Tenggara, Royal Enfield Hunter 350 sudah pun berada di pasaran Thailand dan Indonesia terlebih dulu.

Sebagai info, Royal Enfield Hunter 350 adalah model yang dibangunkan daripada platform yang sama dengan model Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350.

Tetapi, ia diberi beberapa perubahan terutama bagi menjadikannya lebih ‘moden’ namun lebih mampu milik.

Mengulas trenkuasa, seperti Classic 350, Royal Enfield Hunter 350 (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 349 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Angka kuasa yang dijana adalah pada 20.2 Hp pada 6,100 rpm dan tork 27 Nm pada 4,000 rpm.

Juga baca: Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya ‘memikat’!

Sedikit kurang mengujakan, Royal Enfield mendakwa model ini hanya mempunyai kelajuan 114 km/j. Tetap, ia memiliki tahap penggunaan bahan api yang baik iaitu 36 km per liter.

Kepada yang berminat, antara informasi penting untuk model ini adalah seperti berat 177 kg, panel meter kombinasi analog, digital.

Sistem brek menghunakan cakera tunggal depan dan belakang lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, kapasiti tangki bahan api 13 liter, ketinggian penala 800 mm dan set roda 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang).

Di pasaran Thailand, Royal Enfield Hunter 350 dijual pada tanda harga bermula 129,900 Baht (RM 16,977) namun harga lebih tinggi dijual di Indonesia iaitu Rp 106.4 juta (RM 29,994).

Tiada pengumuman harga dibuat oleh Doyal Enfield Malaysia tetapi seperti dijangka, ia bakal dijual pada harga ‘mampu milik’. Jadi berapa angkanya ya. Fuhhh

Source: Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *