‘Renew’ lesen memandu 10 tahun tak bermaksud terlepas kes gantung, tarik LMM

Hukuman gantung atau tarik Lesen Memandu Malaysia (LMM) terhadap individu yang melakukan kesalahan jalan raya masih dikenakan walaupun pemegang lesen terlibat memperbaharuinya selama 10 tahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan sistem digital yang boleh mengesan pesalah serta tindakan yang dikenakan keatas pesalah berkenaan seperti penggantungan lesen atau lesen ditarik.

“Walaupun ada pihak mendakwa dengan cara ini orang tidak bayar saman dan sebagainya, kami ada cara lain iaitu digital. Kalau mereka ada kesalahan seperti kes kemalangan, hukuman gantung lesen mereka tetap dilakukan, bukan bermaksud pemegang lesen itu sudah bayar (lesen) tidak akan digantung,” katanya kepada pemberita BH Online ketika kunjungannya ke JPJ Cawangan Seremban pada Isnin.

Juga baca: Ramai ‘renew’ lesen 10 tahun – bayar RM 270, LMM tamat tempoh tambah RM 30 hanya di kaunter JPJ

Minggu lalu, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan lesen memandu diperbaharui bagi tempoh sah 10 tahun dengan kadar bayaran diskaun setahun, berbanding dasar lama yang mengehadkan pembaharuan LMM pada 5 tahun sahaja.

Juga baca: Tak perlu duduki semula ujian memandu untuk ‘renew’ lesen ‘mati’ – Ini syaratnya

Source: ‘Renew’ lesen memandu 10 tahun tak bermaksud terlepas kes gantung, tarik LMM

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *