Porsche bantu initiatif EV di Malaysia, tawar pengecas pantas DC 350 kW di Ara Damansara & Pulau Pinang

Porsche Malaysia kini telah mengemaskini kemudahan pengecas pantasnya untuk menawarkan kelajuan sehingga 350 kW. Dalam masa yang sama, mereka juga telah memasang panel solar pada tempat letak kereta di Porsche Centre Pulau Pinang.

Diwakilkan oleh Sime Darby Auto Performance, Porsche Malaysia telah melabur untuk menekankan komitmen alam sekitar dan berusaha untuk mengurangkan 30% kadar pelepasan emisi menjelang 2030.

Dari segi teknikal, pengecas pantas kembar DC 175 kW yang disebutkan itu membolehkan dua EV Taycan dicas secara serentak dan mengecas dari 5 – 80% boleh dibuat dalam masa kurang dari 23 minit. Kemudahan pengecasan 350 kW ini sudah ada di Porsche Centre Ara Damansara. Pada Jun nanti, pemasangannya dirancang untuk Porsche Centre Sungai Besi dan Porsche Centre Johor Bahru pula.

Selain itu, Porsche dan Shell Recharge telah bekerjasama untuk mencipta rangkaian pengecas pantas 180 kW di seluruh Malaysia, menjadikan perjalanan EV jarak jauh di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) lebih meyakinkan. Rangkaian di Malaysia juga akan berhubung dengan Singapura dan Thailand untuk mencipta laluan jalan raya EV yang terpanjang di rantau Asia Tenggara.

Juga bacaTNB labur RM 90 juta, khas untuk bina stesen pengecas EV di sepanjang Lebuhraya PLUS!

Untuk makluman anda, pemilik Porsche Taycan yang ada di Sime Darby Auto Performance dapat menikmati langganan Platinum, kadar cas eksklusif, dan manfaat tempahan lot mengecas, semua bertujuan untuk menjadikan perjalanan lebih mudah dan mengurangkan masa cas.

Juga bacaPorsche Taycan Cross Turismo kini di Malaysia, Taycan ala crossover, dari RM 645k

Mengenai panel solar tempat letak kereta yang baru dipasang di Porsche Centre Pulau Pinang, ia mempunyai 151 panel yang boleh menjana sehingga 81.51 kWp.

Untuk pengetahuan anda, ia dapat menyumbang kepada purata pengurangan penggunaan elektrik sebanyak 30%, sekaligus dapat membantu syarikat untuk mengurangkan jejak karbonnya.

Juga bacaTak perlu sewa acah berjaya, purata umur pemilik Porsche Taycan di China hanya 30 tahun!

Source: Porsche bantu initiatif EV di Malaysia, tawar pengecas pantas DC 350 kW di Ara Damansara & Pulau Pinang

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *