Perodua Alza D27A menjadi satu-satunya model kereta yang terima anugerah Malaysia Good Design Award 2022!

Perodua dengan bangganya telah menerima Malaysia Good Design Award 2022 untuk model Perodua Alza serba baharu daripada MITI, yang disampaikan oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM).

Malaysia Good Design Award (MGDA) adalah pertandingan reka bentuk tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) untuk mempromosikan dan mengiktiraf reka bentuk cemerlang yang menunjukkan kecemerlangan dari segi kreativiti, fungsi dan estetika.

Pertandingan ini terbuka kepada pereka, syarikat reka bentuk, dan organisasi dari pelbagai industri dan disiplin, termasuk reka bentuk produk, reka bentuk grafik, reka bentuk alam sekitar, dan banyak lagi.

Majlis penyampaian anugerah termasuk sijil Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022 dan Certified Industrial Designer (CIDe) telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha MITI.

Tambahan menarik lagi, Perodua menjadi satu-satunya jenama automotif yang menerima anugerah tersebut tahun ini.

Dalam satu hantaran, Perodua menyatakan bahawa pengiktirafan ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menyampaikan produk inovatif dan direka dengan baik kepada pelanggan.

Baca juga:

Perodua Alza vs Toyota Veloz – tambah RM 20k untuk lambang ‘T’, ini 13 benda yang membezakannya!

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 – kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang ‘kureng’? 

Source: Perodua Alza D27A menjadi satu-satunya model kereta yang terima anugerah Malaysia Good Design Award 2022!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *