Pengedar Ferrari baharu Ital Auto akan bermula dengan bangunkan 3S Centre perdana baharu!

Ferrari S.p.A telah melantik Ital Auto Malaysia Sdn. Bhd. sebagai pengimport sah supercar mereka di Malaysia. Ital Auto Malaysia adalah anak syarikat Ital Auto Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Ital Auto merupakan pengedar kereta mewah yang berpangkalan di Singapura dengan pengkhususuan dalam jualan dan servis jenama automotif premium seperti Ferrari dan Maserati. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1976 dan telah berkembang menjadi salah satu pengedar kereta mewah terkemuka di Singapura.

Ital Auto Malaysia akan mengambil alih tempahan dan deposit pelanggan sedia ada dan mengekalkan keseluruhan pasukan operasi yang sebelum ini berkhidmat di bawah Naza Italia.

Syarikat itu juga sedang membina kemudahan perkhidmatan sementara baharu di Glenmarie yang akan siap pada Jun 2023, serta bilik pameran sementara dalam podium runcit Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur yang dijangka memulakan perniagaan pada Ogos 2023.

Tambahan daripada itu, Ferrari 3S Centre perdana baharu dijangka akan dibuka pada suku pertama 2025.

Sebelum ini, antara syarikat yang berusaha untuk membida hak pengedaran Ferrari termasuk pemain industri gergasi seperti Berjaya Group dan juga Sime Darby Motors.

Baca: Sime Darby, Ital Auto dan Berjaya berlumba dapatkan hak pengedaran Ferrari di Malaysia

Source: Pengedar Ferrari baharu Ital Auto akan bermula dengan bangunkan 3S Centre perdana baharu!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *