Patutkah anda solat di lorong kecemasan apabila tersekat dalam kesesakan balik kampung?

Patutkah anda solat di lorong kecemasan apabila tersekat dalam kesesakan balik kampung?

Sumber: media sosial

Syawal tiba lagi, dan orang ramai pun berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. Berdepan kesesakan jalan raya yang amat kritikal sehingga berjam-jam lamanya sudah menjadi kelaziman saban tahun, dan ramai muslimin serta muslimah tidak sempat singgah ke kawasan rehat & rawat (R&R) untuk menunaikan ibadah solat.

Timbul persoalan; patutkah kita berhenti di bahu jalan dan menunaikan solat di atas jalan raya? Solat satu kewajipan, namun adakah ini tindakan bijak?

Bagi yang pernah ke luar negara, suasana umat Islam mendirikan solat di bahu jalan apabila tersekat di dalam kesesakan lalu lintas mungkin perkara yang biasa dilihat. Seperti yang pernah dibahaskan beberapa tahun lalu oleh pempengaruh seperti Caprice, “amalan solat di tepi jalan adalah perkara biasa. Bila orang nampak orang solat, mereka akan hormat,” katanya.

 
 
 

 
 
 
 
 

 
 

 
 
 

Kalau orang tengah solat, kita kene hormat.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Sentimen hujah ini turut dikongsikan oleh ramai lagi pihak lain di platform media sosial. Biarpun bermusafir, ramai muslimin dan muslimah yang masih berkemampuan untuk menunaikan ibadah – itupun jika keadaan dan kawasan bersesuaian dan membenarkan.

Di sinilah hadir hujah kedua; dimana persoalan di atas timbul tentang menunaikan solat di bahu jalan. Pada tahun 2020, dilaporkan bahawa pihak pengurusan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) iaitu Anih Berhad telah mengeluarkan kenyataan melarang amalan solat di lorong kecemasan.

Sumber: media sosial

“Kami sangat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam untuk menunaikan solat mereka ketika melakukan perjalanan ke Pantai Timur, pada setiap musim perayaan dan cuti umum.”

“Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK, juga meminta kesabaran dan kewajaran dari pengguna jalan raya agar tidak menunaikan solat di jalan raya terutamanya pada lorong kecemasan, atas faktor keselamatan.” kata mereka dalam satu kenyataan.

“Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs). Jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat,” tambah beliau lagi.

Kredit gambar: Harian Metro

Bukan itu sahaja, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman turut memberikan pandangan beliau terhadap isu ini. Ujar beliau, “Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.”

“Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing,” katanya.

Juga baca: Elak 7 kesalahan tanpa kompaun sempena Hari Raya – kena ‘settle’ terus di mahkamah

Denda jika menghentikan kenderaan untuk solat di Dubai

Pengguna jalan raya sedia maklum bahu jalan atau lorong kecemasan di lebuh raya perlu dikosongkan tanpa halangan jika tiada kecemasan.

Ramai juga yang menyempitkan istilah ‘kecemasan’ dalam konteks laluan ambulans atau pasukan penyelamat sahaja. Sebenarnya, terdapat pelbagai kecemasan yang mungkin berlaku di atas lebuh raya seperti kenderaan yang hilang kawalan secara tiba-tiba ataupun ada kerja-kerja lebuh raya yang perlu dilaksanakan.

Kesimpulannya? Sebarang isu kecemasan harus disegerakan untuk kesejahteraan bersama. Sambil kita menghormati individu yang ingin menunaikan ibadah, mungkin kita semua juga perlu sama-sama memikirkan apa yang terbaik untuk semua pengguna jalan raya dan paling penting; keselamatan diri sendiri serta penumpang.

**Petikan daripada artikel WapCar-BM terdahulu (pautan di sini) dengan penambahan foto/info terkini.

Juga baca: JPJ takkan buat ‘roadblock’ Hari Raya, hanya pakai dron & kamera rondaan motosikal

Tol Rahmah Percuma 4 hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2023, cuti tambahan diberi – PM

Source: Patutkah anda solat di lorong kecemasan apabila tersekat dalam kesesakan balik kampung?

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *