Paten SUV ala offroad, Haval H-DOG didaftar di Indonesia – model pertama GWM di sana dah begini ranggi?

Jenama kereta China seperti Wuling, DFSK dan Chery nampaknya tidak henti-henti memasuki pasaran Indonesia. Baru-baru ini pula, Great Wall Motor (GWM) telah mendaftar nama Haval di dalam Indonesia Intellectual Property Database (PDKI). Kalau anda nak tahu, mereka belum lagi menembus pasaran Indonesia.

Pendaftaran tanda dagang Haval di Indonesia.

Dalam pangkalan data intelektual di negara tersebut, model yang didaftarkan adalah Haval H-DOG. Secara amnya, jentera ini menampilkan unsur reka bentuk ranggi bak kereta offroad tetapi dengan penggunaan trenkuasa yang dielektrifikasi.

Paten yang didaftar dagang.

Dari segi teknikal, ia menggunakan enjin 1.5L turbo yang digabungkan dengan motor elektrik. Outputnya mencecah 326 PS dan 530 Nm tork. Sistem hibrid plug-in yang digunakan pula mengambil masa 22 minit sahaja untuk mengecas dari 30% – 80% tetapi itu kalau pemilik mengecas menggunakan kabel.

Bercakap mengenai PHEV, jarak pemanduan elektriknya boleh mencecah 105 km. Dari segi pengunaan petrol, SUV ala offroad ini boleh pergi sejauh 18 km seliter.

Kalau dilihat semula, Haval di pasaran kita masih belum melancarkan model-model baru kerana mungkin terdapat perihal dalaman yang menyulitkan proses pelancaran. Syarikat lain di bawah induk GWM seperti Ora pula sudahpun ada dalam pasaran kita. Malah, mereka turut berkata bahawa dalam tahun ini juga pemasangan tempatan (CKD) akan bermula.

Juga bacaGWM akan mula CKD tahun 2023 – Haval H6, GWM Pao dan Ora EV menyusul untuk saingi jenama Jepun!

Sumber: AutoFun ID

Source: Paten SUV ala offroad, Haval H-DOG didaftar di Indonesia – model pertama GWM di sana dah begini ranggi?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *