Pandu EV serendah RM 17.90 – GoCar turunkan kadar kereta GoEV, tambah lokasi baru

GoCar Malaysia, platform perkhidmatan mobiliti ‘on-demand’ di Malaysia, telah menurunkan kadar servis perkongsian kereta elektriknya digelar GoEV bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk memandu EV secara mampu milik.

Pengguna boleh menikmati pengurangan hampir 30 peratus bagi kadar jam dan pengurangan hampir 50 peratus untuk tempahan lebih 30 hari bagi semua kereta elektrik ditawarkan dalam servis GoEV.

Ditawarkan untuk tempahan Pergi Balik, kadar jam untuk GoEV Share kini ialah RM 17.90 (turun daripada RM 24.90 sejam). GoCar juga telah mengurangkan kadar harian kepada RM 179 berbanding RM 249 sehari sebelum ini. Kadar untuk tempahan jangkamasa panjang iaitu 30 hari dan ke atas kini lebih menarik – RM 120 sehari berbanding RM 232 sebelum ini.

Bagi meningkatkan kebolehdapatan GoEV di Lembah Klang, GoCar telah menambah dua zon baharu – IOI City Mall (Level P1, di antara tiang F7 dan F8) serta 1 Mont Kiara (Zone C5, Level P3, Bay 162-164) bagi memudahkan pengguna mengakses EV pilihan mereka.

Lokasi sedia ada termasuklah GoCar Petaling Jaya Hub, GoCar Lot92 Cuba Beli Chow Kit, Avenue K KLCC, ERL Station KL Sentral, The LINC KL Jalan Tun Razak, MidValley Megamall, MyTown Cheras, Nissan/Renault ETCM Glenmarie, dan 163 Retail Park Mont Kiara

Rangkaian kereta GoEV kebanyakannya terdiri daripada Nissan Leaf. Dilengkapi bateri berkapasiti 40 kWj, satu caj penuh dikatakan boleh bertahan sejauh 311 km. Sebagai info, Leaf dikuasakan oleh motor elektrik 100 kW berkuasa 150 PS dan tork 320 Nm.

Juga baca: Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV

Di samping itu, setiap kereta GoEV didatangkan dengan kad chargEV (diletakkan di pelindung matahari) yang diberikan secara percuma oleh GoCar. Pengguna GoEV tidak perlu mendaftar dan membayar yuran keahlian tahunan chargEV untuk menggunakan pengecas AC milik chargEV. Penggunaan pengecasan pantas DC (CHAdeMO dan CCS2) bagaimanapun akan dikenakan caj berdasarkan kepada kadar chargEV.

Nissan Leaf hadir dengan penyambung Type 1 dan kebanyakan pengecas AC di Malaysia menggunakan outlet pengecasan Type 2. Bagi menyelesaikan masalah padanan ini, GoCar ada menyediakan penyambung Type-2 untuk Type-1 EV. Ia boleh didapati pada kabel pengecasan Leaf di dalam but setiap kenderaan GoEV.

Kiri: CHAdeMO (DC)

Kanan: Type 1 (AC)

Tambahan pula, pengguna GoEV kini boleh melihat lokasi pengecasan dan kebolehdapatan GoEV serta platform JomCharge secara terus di aplikasi mudah alih GoCar.

Juga baca: Ada app GoCar? Kini anda boleh tempah ChargeEV untuk kereta elektrik GoCar anda!

Berminat? Untuk menempah GoEV Share, muat turun aplikasi mudah alih GoCar. Maklumat lanjut mengenai GoEV dan GoCar Malaysia, layari https://hi.gocar.my serta ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia.

Source: Pandu EV serendah RM 17.90 – GoCar turunkan kadar kereta GoEV, tambah lokasi baru

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *