Pakar – budaya k’jaan beri diskaun saman untuk pesalah trafik di Malaysia perlu dihentikan

Menurut Law Teik Hua dari Universiti Putra Malaysia dalam bahagian pusat penyelidikan keselamatan jalan raya, kerajaan perlu berhenti memberi diskaun saman kerana ia tidak akan membuat pesalah sedar akan kesilapan mereka. Malah, mereka mungkin akan kekal menyalahi undang-undang kerana dalam fikiran, mereka yakin bahawa kerajaan akan tawarkan diskaun dan mungkin hanya waktu itulah mereka akan bayar.

Beliau juga berkata bahawa mungkin tiada siapa pun yang akan menghormati undang-undang jalan raya kalau kerajaan beri diskaun saman.

Jelasnya lagi, kerajaan melihat saman sebagai cara untuk meraih pendapatan berbanding satu penalti kepada mereka yang menyalahi undang-undang jalan raya. Sistem dimerit yang dilaksanakan pula sepatutnya dikuatkuasakan dengan lebih meluas lagi.

Juga bacaDiskaun saman sehingga 80%, polis berjaya raih RM 440k dalam masa 3 hari

Kalaulah lesen pemandu sampai boleh tergantung, barulah mereka akan menganggap ia sebagai pengajaran.

Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud iaitu wakil Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) dalam sidang sama juga mengatakan bahawa negara yang telah membangun tidak menawarkan diskaun saman langsung.

Ulas beliau, “Di UK, walaupun boleh bayar saman, mereka tidak boleh lari daripada mata dimerit yang terkumpul. Orang kaya pun tak sanggup buat kesalahan lalu lintas kerana sekiranya mata yang terkumpul mencapai satu tahap, lesen boleh ditarik oleh pihak berkuasa”.

Bagi anda yang belum tahu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini menawarkan diskaun saman pada kadar rata RM 50 selama sebulan bagi segala kesalahan yang dibuat sebelum tahun 2023.

Juga bacaHanya RM 50 untuk semua saman trafik PDRM bermula 21 April – 21 Mei 2023

PDRM dan JPJ pula biasanya menawarkan diskaun saman pada akhir tahun. 20 – 31 Mac yang lepas, PDRM sendiri menawarkan sehingga 60% diskaun, bersempena dengan Hari Polis Malaysia.

JPJ pula pernah menawarkan diskaun saman mencecah 80%, iaitu selama dua minggu dalam Disember 2021.

Sumber: Free Malaysia Today

Source: Pakar – budaya k’jaan beri diskaun saman untuk pesalah trafik di Malaysia perlu dihentikan

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *