Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mengesahkan bahawa warna badan baharu akan ditawarkan untuk model EV Ora Good Cat.
Ketika ini, pilihan warna luaran satu tona untuk Ora Good Cat hanya meliputi Coral Blue, Hamilton White, dan Sun Black.
Pilihan dwi-tona termasuk Mars Red dan Hamilton White yang menerima bumbung hitam yang berbeza. Warna eksklusif untuk varian Ultra 500 ialah Verdant Green dengan bumbung putih, dan Hazel Wood Beige dengan bumbung coklat.
Walaupun GWM Malaysia tidak menyebut warna tertentu, imej teaser menunjukkan warna hijau pada kenderaan dan transkript. Melihat warna yang ditawarkan di pasaran Thailand untuk Ora Good Cat, satu pilihan yang sesuai adalah warna Pistachio Green.
Adakah warna ini yang dimaksudkan? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Sebagai rujukam semula, terdapat dua varian yang tersedia untuk Ora Good Cat – 400 Pro dan 500 Ultra – masing-masing berharga RM 140,500 dan RM 170,500 (atas jalan tanpa insurans).
Baca: Ora Good Cat dinobatkan sebagai “Kereta yang Paling Dinantikan” pada Carlist Car of the Year 2022!
Kedua-dua varian Ora Good Cat dipacu oleh motor elektrik 143 PS / 210 Nm yang menggerakkan roda hadapan.
400 Pro mendapat bateri lithium ion phospate 48 kWh (LFP), cukup untuk jarak gerak (NEDC) 400 km, manakala 500 Ultra memberikan 500 km (NEDC) jarak gerak hasil daripada bateri litium ternari 63 kWj. Pengecasan AC dinilai pada 6.6 kW manakala pengecasan pantas DC adalah sehingga 60 kW.
Baca: GWM Malaysia lancar pusat 4S pertama di USJ Subang – seluas 3 ekar, khas untuk Haval, GWM & Ora
Source: Ora Good Cat mahu bangkitkan semula minat pelanggan dengan tawaran warna baharu!