Nombor plat “AMY 1” catat bidaan RM 400k, kutipan keseluruhan siri cecah RM 6 juta!

Nombor plat “AMY 1” catat bidaan RM 400k, kutipan keseluruhan siri cecah RM 6 juta!

Nombor pendaftaran kenderaan ‘AMY 1’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak telah dibida dengan harga RM400,000, iaitu harga tertinggi dalam tempoh lima hari bidaan yang telah dibuka sejak 9 April yang lalu.

Nilai bidaan ini melebihi nombor plat pendaftaran kenderaan siri ‘AKU’ seperti AKU 8055 dan AKU 1 yang dikeluarkan pada Ogos 2017. Nombor plat AKU 8055 telah dibida dengan harga RM74,000 manakala RM207,898.90 bagi AKU 1.

Mohammad Yusoff Abustan, Pengarah JPJ Perak, menyatakan bahawa selepas AMY 1, nombor plat pendaftaran AMY 2 hingga AMY 9 telah dibida dengan harga melebihi RM80,000 setiap satu.

Beliau juga menyatakan bahawa JPJ Perak telah berjaya mengutip hasil bidaan sebanyak RM6 juta bagi nombor pendaftaran siri ‘AMY’ pada sesi berkenaan yang berakhir pada 13 April.

“Masih terdapat 16 nombor yang belum dibida, termasuk nombor-nombor popular bagi siri AMY ini,” katanya semasa program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 peringkat Perak di pekarangan Pasaraya Mydin Meru Raya.

Harga bidaan mengikut kategori tidak ditetapkan namun sebagai penanda aras, kategori nombor utama selalunya bernilai minima RM 20,000, nombor menarik RM 3,000, nombor popular RM 800 dan nombor biasa bernilai RM 300.

Baca: Tular: Bidaan nombor plat AMG 445 dan AMG 45 dimenangi pada harga 5 angka!

Source: Nombor plat “AMY 1” catat bidaan RM 400k, kutipan keseluruhan siri cecah RM 6 juta!

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *