Nissan Skyline GT-R R34 yang dipandu Paul Walker dalam FF4 terjual pada harga RM 6 juta!

Nissan Skyline GT-R yang digunakan oleh mendiang Paul Walker dalam filem Fast & Furious 4 telah memecahkan rekod secara rasmi, terjual melalui acara lelongan dengan harga USD 1.357 juta (RM 6,030,508) , termasuk premium pembeli. Ya tuan-tuan, kita kini hidup dalam dunia di mana satu unit Skyline boleh mencecah lebih dari USD 1 juta!

Malah, tidak menghairankan bahawa kereta ini mampu dibeli pada harga tak masuk akal seperti itu.

Hal ini kerana kita sedang bercakap mengenai R34, model mercu GT-R moden, dicat dengan warna ikonik Bayside Blue, serta dipandu oleh tidak lain daripada mendiang Paul Walker yang terkenal.

Baca: RB26DETT vs 2JZ-GTE – legenda enjin Nissan Skyline GT-R & Toyota Supra, mana satu padu?

Jangan lupa bahawa model ini adalah bukan sekadar Skyline GT-T dengan kit badan GT-R. Model pecah rekod ini juga telah diubah suai mengikut spesifikasi yang diminta untuk lakonan oleh tuner Kaizo Racing dan merupakan satu-satunya GT-R yang muncul dalam filem tersebut.

Sukar untuk mengatakan dengan pasti sama ada ini adalah Skyline paling mahal yang pernah dijual, memandangkan ia merupakan jualan peribadi. Namun, kuasa superstar kereta ikonik ini nampaknya tidak merosot. Walaupun ia mungkin bukan edisi terhad, hubungan terhadap Paul Walker / Fast & Furious memastikan bahawa ia akan sentiasa menjadi salah satu kereta yang paling didambakan di seluruh dunia.

Baca: Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Walaupun berharga tidak masuk akal, Skyline ini bukanlah kereta Jepun yang paling mahal sepanjang zaman.

Tahun lepas, sebuah kereta lumba Toyota 2000GT yang dilelong oleh Shelby dijual pada harga USD 2.53 juta (RM 11,243,320) dalam satu acara. Namun, jualan pecah rekod yang berlaku saban tahun ini menunjukkan sejauh mana kereta klasik moden mampu capai, dan kita tak sabar untuk melihat apa khazanah automotif lain yang melambung harga tinggi melangit pada tahun-tahun akan datang.

Baca: Nissan Skyline GT-R V-Spec ini pecah rekod sebagai R34 termahal di dunia, RM 1.37 juta!

Source: Nissan Skyline GT-R R34 yang dipandu Paul Walker dalam FF4 terjual pada harga RM 6 juta!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *