USA jobs

Ninja ZX-25R jadi ‘bintang’ di Malaysia Autoshow 2023, petanda pelancaran dah dekat?

Seperti sengaja ingin ‘menghangatkan’ suasana, Kawasaki Malaysia sempena acara Malaysia Autoshow 2023 yang baru melabuhkan tirai sekali lagi menayangkan model yang ditunggu-tunggu, Kawasaki Ninja ZX-25R.

Tampil dengan skema warna berbeza berbanding model yang ditayangkan ketika Grand Prix Malaysia tahun lalu yang menggunakan tema ‘hijau’ KRT Edition, Kawasaki Ninja ZX-25R yang ditayangkan di Malaysia Autoshow 2023 menggunakan skema warna Metallic Matte Graphene Steel Gray.

Berdasarkan pencarian, pilihan warna berkenaan tidak lagi ditawarkan di Thailand bagi versi 2023 namun ada di satu lagi negara jiran, Indonesia.

Dan ia bukanlah versi Standard namun Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE yang memberi petunjuk berkemungkinan ada beberapa varian model bakal dijual di pasaran Malaysia.

Juga baca: Thailand peroleh Kawasaki Ninja ZX-25R (2023), panel meter TFT, sistem ekzos dipertingkat, tapi macam pernah lihat di Sepang!

Seperti dijangka, sekali pun Kawasaki Malaysia dan Modenas melancarkan beberapa model baharu di acara berkenaan, Kawasaki Ninja ZX-25R yang ditayangkan tetap menjadi tumpuan hangat dan menjadi ‘konten’ ramai pempengaruh yang hadir.

Other Post You May Be Interested In

Mengulas ringkas trenkuasa Kawasaki Ninja ZX-25R, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 249.8 cc, 4 Silinder Sebaris, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, DOHC, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmmisi 6 kelajuan.

Kuasa yang dihasilkan ialah 46 PS pada 15,500 rpm (47 PS dengan Ram Air) bersama tork 22 Nm pada 12,500 rpm.

Selain trenkuasa yang padu, antara tarikan motosikal ini adalah ia turut digandingkan sistem bantuan tunggangan moden yang kebiasaan hanya ada di jentera berkuasa tinggi antaranya Sistem Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), Kawasaki Quick Shifter, Sistem Klac Antigelincir (Assist & Slipper), Centre Ram Air System, Electronic Throttle Valves dan 3 mod tunggangan.

Juga baca: Keterujaan makin terasa, tempahan Ninja ZX-25R dah dibuka!

Spesifikasi menarik adalah penggunaan suspensi fork jenis terbalik (USD) 37 mm dari Showa (depan) dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

Berbalik kepada Ninja ZX-25R yang berkemungkinan besar menggunakan lencana Modenas, tempahan untuk motosikal berkenaan sudah pun dibuka pengedar-pengedar rasmi Kawasaki Malaysia.

Dan ketika lagi mengenai tarikh perasmiannya, jawapan yang diberikan pengurusan tertinggi Emos masih sama iaitu ia bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat.

Tetapi berdasarkan maklumat, motosikal berkenaan sudah bersedia untuk dilancarkan dan pihak Emos hanya menunggu tarikh yang sudah ditetap. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Source: Ninja ZX-25R jadi ‘bintang’ di Malaysia Autoshow 2023, petanda pelancaran dah dekat?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *