Neta V terima sehingga 100 tempahan ketika Malaysia Autoshow 2023, penghantaran bermula suku ke-3 2023!

Pembeli ke-100 menerima sagu hati model skala Neta V

Neta Auto Malaysia telah menerima sebanyak 100 unit tempahan model elektrik (EV) Neta V pada Malaysia Autoshow 2023 yang baru sahaja berlangsung. Sehubungan itu, syarikat tersebut turut mengumumkan penghantaran yang dijangka bermula pada suku ke-3 2023.

“Kami gembira dapat mencapai kejayaan kami dengan 100 tempahan semasa Pameran Autoshow Malaysia 2023. Kami berterima kasih kepada Puan Muhaya Salleh kerana menjadi pelanggan ke-seratus kami, dan kami tidak sabar-sabar untuk menyampaikan NETA V miliknya tidak lama lagi”, kata Mohd Norazli Mohd Salleh, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan GoAuto.

Dengan harga bermula dari RM 99,800 (di atas jalan, tanpa insurans), Neta V telah menjadi kenderaan elektrik (EV) baharu yang paling murah di Malaysia. 100 pelanggan pertama yang menempah secara dalam talian juga layak menerima baucar tunai bernilai RM 10k, yang menjadikan harga akhir turun kepada RM 89,800.

Other Post You May Be Interested In

Ditawarkan dalam varian tunggal, kuasa untuk Neta V dipacu oleh satu motor elektrik yang menghasilkan 95 PS dan 150 Nm dengan pek bateri 38.5 kWh lithium-ion-type nickel manganese cobalt (NMC). 

Jarak gerak berdasarkan kiraan NEDC ialah sehingga 384 km. Pengecasan pantas DC dilakukan melalui port CCS2, menerima sehingga 100 kW, mengecas bateri dari 30 peratus hingga 80 peratus state-of-charge (SoC) dalam masa 30 minit sahaja. Pengecasan AC standard terhad kepada 6.6 kW sahaja.

Ciri kelengkapan Neta V termasuk lampu depan projektor halogen automatik dengan lampu DRL LED, lampu ekor LED, rim aloi 16-inci, upholsteri kulit sintetik, paparan infotainment gaya potret 14.6-inci, kluster instrumen digital 12-inci dan 6 pembesar suara.

Kit keselamatan untuk Neta V agak asas, merangkumi kelengkapan seperti dua beg udara, sistem pemantauan tekanan tayar, henti auto, ABS, EBD, dan kawalan kestabilan. Sama seperti xEV lain dalam segmennya, Neta V tidak mempunyai tayar ganti dan sebaliknya dilengkapi dengan kit pembaikan tayar.

Baca: Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k?

Source: Neta V terima sehingga 100 tempahan ketika Malaysia Autoshow 2023, penghantaran bermula suku ke-3 2023!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *