MotoPlex Butterworth rasmi ‘buka pintu’, Piaggio, Vespa, Aprilia, Moto Guzzi kini di utara tanah air!

Didi Group dan GB Motorcycles, hari ini melebarkan sayap ke utara tanah air dengan melancarkan MotoPlex Butterworth, Pulau Pinang, pusat sehenti lengkap bagi empat jenama motosikal premium Itali, Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi.

Seperti MotoPlex Petaling Jaya, MotoPlex Butterworth bukan sekadar bilik pameran dan jualan, malah menawarkan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif termasuk pusat servis.

Juga baca: Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia!

Sebagai MotoPlex kedua dibuka di Malaysia, para pelanggan turut boleh melihat sendiri pelbagai aksesori serta barang dagangan rasmi yang ditawarkan oleh keempat-empat jenama itu di bawah satu bumbung.

Kepada yang tidak tahu, MotoPlex adalah model peruncitan inovatif untuk industri dua roda. Di Malaysia, ia diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd. selaku pengedar rasmi motosikal Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi.

Bagi Didi Group, pembukaan MotoPlex Butterworth adalah pencapaian penting dan membanggakan buat syarikat itu.

“Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang paling meriah di Malaysia. Saya ingin berterima kasih kepada GB Motorcycle kerana memperkenalkan konsep global MotoPlex ini di Pulau Pinang, yang akan menguatkan lagi posisi dan kehadiran kami di Malaysia,” kata Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo.

“MotoPlex adalah ‘rumah’ kepada jenama ikonik Piaggio. Untuk menempatkan mereka di bawah satu bumbung, kami berupaya untuk memberikan penawaran lebih kepada bakal pembeli yang tercari-cari jenama dua roda Itali yang terkenal dengan gaya, kepakaran teknologi, prestasi dan sejarah.”

Tampil dengan reka bina yang mengambil kira estetika gaya dari Itali, MotoPlex Butterworth terletak dilokasi premium di Juru Auto-City, Pulau Pinang dan disiapkan dengan kos mencecah setengah juta ringgit.

Pengarah Urusan GB Motorcycles, Kheoh Hock Seng

“MotoPlex Butterworth menawarkan pelanggan gambaran yang menarik dan pengalaman mempersona dengan gaya Itali menerusi jenama-jenama yang terkenal dengan teknologi serta sejarah.

“Kami komited untuk melayan para pelanggan kami dengan penuh dedikasi dan semangat bersama staf, mekanik terlatih dan berpengalaman kami,” kata Pengarah Urusan GB Motorcycles, Kheoh Hock Seng.

Bertempat di kawasan seluas 3,200 kaki persegi, MotoPlex Butterworth dibahagikan kepada ruang pameran dan pusat servis serta dilengkapi peralatan diagnostik terkini.

Turut hadir pada majlis pelancaran MotoPlex Butterworth adalah Pengarah Urusan Didi Group, Goh Kian Sin, Ketua Jualan Piaggio Asia Pacific, Axel Fey dan Pengarah Eksekutif Didi Group, Juan Chow Wee.

Juga baca: Vespa lancar GTV (2023), model paling ‘Sporty’ dari Vespa dipertonton di EICMA 2022!

Source: MotoPlex Butterworth rasmi ‘buka pintu’, Piaggio, Vespa, Aprilia, Moto Guzzi kini di utara tanah air!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *