MotoGP: Marquez ‘terselamat’, lanjutan hukuman penalti dianggap tak sah!

MotoGP: Marquez ‘terselamat’, lanjutan hukuman penalti dianggap tak sah!

Jagoan MotoGP Repsol Honda, Marc Marquez terlepas daripada dikenakan penalti ‘Long lap’ berganda selepas hukuman itu dimansuhkan oleh Mahkamah Rayuan MotoGP.

Juara dunia lapan kali itu, termasuk enam kali dalam kelas MotoGP dikenakan penalti selepas menjadi ‘punca’ kemalangan membabitkan pelumba Aprilia RNF Racing, Miguel Oliveira di Portimao, Portugal, Mac lalu.

Kemalangan itu bukan saja menyebabkan Marquez berdepan kecederaan, malah mengheret sama Oliveira yang mengalami kecederaan pinggul dan terlepas aksi pusingan dua di Argentina.

Marquez dan Repsol Honda akur dengan hukuman ‘original’ dan mengakui kesilapan pelumba Sepanyol itu menjadi penyebab kepada kemalangan itu. Dan secara asalnya, hukuman itu perlu diambil Marquez di Argentina.

Tetapi disebabkan Marquez tidak beraksi di Termas, pihak FIM melakukan modifikasi terhadap hukuman itu untuk ia dibawa ke pusingan berikutnya buat pelumba berkenaan.

Berang dengan keputusan itu, Repsol Honda melakukan bantahan dan rayuan dengan menyatakan peraturan terhadap hukuman penalti tidak boleh diubah.

Dan seperti dijangka, Mahkamah Rayuan MotoGP akhirnya memihak kepada pasukan itu dan menggugurkannya dan bermakna hukuman Marquez yang sepatutnya berjalan di Argentina tidak boleh dibawa ke tarikh berikutnya.

“Mahkamah memutuskan penalti ‘Long Lap’ berganda yang dikenakan kepada Marc Marquez oleh Panel Steward MotoGP ketika perlumbaan MotoGP di Portugal pada 26 Mac 2023 sudah pun dilalui apabila pelumba itu tidak berlumba di perlumbaan MotoGP di Argentina.

“Marc Marquez dibenarkan bersaing pada perlumbaan seterusnya di mana dia boleh mengambil bahagian, tanpa sebarang hukuman tambahan.”

Terbaharu, Marquez turut mengesahkan akam kembali berlumba di GP Perancis di Le Mans, hujung minggu ini.

Sumber imej: FB Marc Márquez

Source: MotoGP: Marquez ‘terselamat’, lanjutan hukuman penalti dianggap tak sah!

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *