Tepat seperti dijangka, Modenas akhirnya melancarkan Modenas Dominar D400 Adventure (2023) yang dilengkapi dengan aksesori ‘Touring’ secara standard bersempena Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung.
Membuat kemunculan di pasaran global tahun lalu, seperti diketahui tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun spesifikasi mekanikal dilakukan terhadap model berkenaan namun seperti dinyatakan, pakej aksesori ‘Touring’ kini datang secara standard.
Dan apa yang lebih menarik adalah harga yang ditawarkan untuk motosikal ini iaitu RM 15,797 (asas) tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Dua pilihan yang ditawarkan adalah:
- Savanna Green
- Charcoal Black
Memang dihasilkan dengan kemampuan ‘touring’ atau tunggangan jarak jauh, Modenas Dominar D400 Adventure (2023) tampil dengan kelengkapan seperti ‘Tall Visor’, ‘Hand Guard’, ‘USB Charging Port’, ‘Leg Guard’, ‘Engine Bash Plate’ dan ‘Carrier + Back Stopper’.
Other Post You May Be Interested In
- müşteri gizliliğinizi kullanarak nasıl koruyorsunuz?
- LOCOMOTIVE DIESEL ENGINE PARTS
- ¿Qué es el guest posting y cómo hacerlo?
- RBL Bank Credit Card Online – Best way to save money for your next vacation.
- A safe experience of getting to know firearms
- Samsung Charging Problems
- Die Rolle mobiler RFID-Handheld-Computer bei der Optimierung von Lagern und Lieferketten
- The Role of Mobile RFID Handheld Computers in Warehouse and Supply Chain Optimization
- 6 To Be Able To Accelerate Fat Reduction And Drop Pounds
- Pinterest MP4 Downloader: A Comprehensive Guide
- Perodua 致力于发展纯电车和混合油电车,2024年量产 Perodua 首款 Hybrid!
- 3 model kereta terpakai popular sebagai kenderaan keluarga – Proton X70 dan… Toyota Yaris?
- Ready your checkbook! 5 cars you can buy for the 2024 Nissan GT-R’s ₱12.4M pricetag
- Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023!
- Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023
- 2024 Peugeot 2008 Facelift Revealed – When will the Philippines have it?
- Now a toy-sized concept, life-size Perodua EM-O Concept in 2024; not Daihatsu but 100 percent Malaysia-made EV-only platform
- Kawasaki KX250, KX250X (2023) pamer di Malaysia Autoshow 2023,’off-road sejati’ harga mula RM 35k!
- Proud to be Pinoy! Changan Philippines service experts to compete on global stage
- Danial Syahmi terlepas Pusingan 1 JrGP (2023), bakal jalani pembedahan akibat kecederaan!
- Tak perlu duduki semula ujian memandu untuk ‘renew’ lesen ‘mati’ – Ini syaratnya
- Dah boleh ‘renew’ lesen memandu 10 tahun, bayaran fi khas diskaun setahun
Mengulas trenkuasa, enjin yang digunakan adalah bersesaran 373.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC, DTSi yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac Assist & Slipper.
Kuasa yang dihamburkan adalah 40 Hp pada 8,650 rpm dan 35 Nm pada 7,000 rpm.
Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi Modenas Dominar D400 Adventure (2023) termasuklah komponen premium antaranya fork jenis terbalik (USD), brek cakera depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, muffler ekzos jenis berkembar, sistem lampu LED penuh serta panel meter digital LCD.
Menurut Modenas, Modenas Dominar D400 Adventure (2023) akan berada di bilik pameran pengedar sah Modenas seluruh negara bermula bulan ini.
Kepada yang berminat untuk melihat sendiri Modenas Dominar D400 Adventure (2023), anda boleh mengunjungi Malaysia Autoshow yang membuka tirainya, hari ini sehingga 7 Mei depan (Ahad).
Source: Modenas Dominar D400 Adventure (2023) diumumkan, aksesori ‘Touring’ standard, harga RM 15.7k!