Modenas Dominar D250 (2023) debut pasaran Malaysia, 3 pilihan warna, harga asas RM 13.7k!

Seperti jangkaan, Modenas hari ini melancarkan model ‘Sport touring’ suku liter terbaharu di pasaran tempatan, Modenas Dominar D250 (2023) bersama penawaran harga yang cukup menarik, RM 13,797 (asas).

Membuat debut global di pasaran India sebelum ini, Modenas Dominar D250 (2023) seperti namanya mengikuti ‘lenggok’ rekaan yang sama dengan ‘abang besarnya’, Modenas Dominar D400.

Tetapi apa yang mungkin mengujakan buat Modenas Dominar D250 (2023) adalah pemilik tidak perlu memikirkan soal naik taraf lesen untuk menunggangnya.

Tiga pilihan skema warna yang ditawarkan untuk pasaran tempatan adalah:

  • Sparkling Black
  • Racing Red
  • Citrus Rush

Selain rekaan sama dengan Dominar D400, Dominar D250 (2023) turut datang dengan ciri dan spesifikasi yang sama seperti penggunaan fork jenis terbalik (USD) dan sistem brek yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Other Post You May Be Interested In

Di bahagian trenkuasa, Modenas Dominar D250 (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 248 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac ‘Slipper’.

Dan seperti yang dijangka atau mungkin ada yang mengetahui, ia adalah trenkuasa yang sama dengan KTM Duke 250 hasil kerjasama yang dilakukan Bajaj dan KTM.

Kuasa yang dihamburkan oleh motosikal berkenaan adalah 27 Hp pada 8,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 6,500 rpm.

Menurut Modenas, Dominar D250 (2023) yang memiliki berat 180 kg mampu mencapai kelajuan tertinggi sekitar 132 km/j dan lebih utama, ia menawarkan kualiti tunggangan yang sama dengan Modenas Dominar D400.

Selain trenkuasa, perbezaan lain termasuklah penggunaan fork USD dengan jarak travel lebih pendek (37 mm) manakala lengan ayun aluminium digantikan dengan jenis ‘box-section’ konvensional.

Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah asas dan tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Kepada yang berminat, motosikal ini akan ditayangkan di Malaysia Autoshow 2023 yang membuka tirai di Maeps, esok dan pembelian juga sudah boleh dibuat di cawangan pengedar Modenas seluruh negara.

Source: Modenas Dominar D250 (2023) debut pasaran Malaysia, 3 pilihan warna, harga asas RM 13.7k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *