Mitsubishi Xpander dan Xpander Cross setanding “Myvi” di Indonesia, kekal jadi tumpuan di IIMS 2023!

Mitsubishi Xpander dan Xpander Cross kekal menjadi tumpuan di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023. Pengunjung masih menunjukkan minat yang tinggi terhadap kedua-dua model Mitsubishi ini yang telah menjadi kegemaran di kalangan pengguna.

Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023 yang diadakan di Jakarta mempamerkan pelbagai kenderaan daripada pelbagai jenama.

Antara bintang yang dipamerkan adalah Hyundai Stargazer (dipasang di Indonesia), Chery Omoda 5, MG4 EV, Jeep Wrangler Rubicon, Toyota Agya GR Sport dan bermacam-macam lagi.

Walau bagaimanapun, perhatian pengunjung masih tertumpu kepada Mitsubishi Xpander dan Xpander Cross.

Sepanjang 11 hari pameran, Mitsubishi merekodkan 1,738 unit tempahan. Malah, sepanjang pameran yang berlangsung pada 16-26 Februari 2023, model Mitsubishi Xpander dan Xpander Cross menyumbang lebih daripada 62% tempahan yang dibuat, tertinggi secara keseluruhan.

Menurut Naoya Nakamura, Presiden Pengarah Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI), Xpander dan Xpander Cross merupakan model terlaris Mitsubishi di Indonesia. Nakamura juga berkata bahawa Mitsubishi komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pengguna di Indonesia.

Baca: Spyshot: Mitsubishi pandu uji SUV baharu pengganti ASX, bakal dilancarkan tahun 2023?

Sebagai rujukan, Mitsubishi Xpander telah menjadi kenderaan terlaris di Indonesia sejak tahun 2018. Pada Ogos 2019, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mengumumkan bahawa ia telah mengeksport 50,000 unit Xpander dari Indonesia ke pelbagai negara, termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam.

Baca: Rekod 24,017 unit kenderaan terjual tahun 2022, Mitsubishi Motors Malaysia kekal Top 3 pengeluar bukan nasional!

Source: Mitsubishi Xpander dan Xpander Cross setanding “Myvi” di Indonesia, kekal jadi tumpuan di IIMS 2023!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *